Saturday, November 14, 2015

Lempeng Kenangan



Assalamualaikum

Pagi pagi bergegas ke dapur.  Senduk tepung gandum 3-4 senduk ke dalam mangkuk.  Garam sedikit.  Gaul gaul mesra.   Gula 1 sudubesar juga usah di lupa.  Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau, mengadun tepung menjadi doh yang lembut. Melekit juga tangan ini. Tak apa. Ambil seketul doh uli uli atas papan pencanai. Melekit masih melekit adunan di tangan. Susahnya mencanai. Tabur tabur lagi tepung supaya tidak melekit2. 

Kalu suka adunan tepung ini boleh dicampur sedikit kelapa parut. Masin manis ada. Ada kelapa adalah lemaknya.  Lempeng ini jenis tebal dan tidak leper seperti lempeng ketayap biasa tu. Lempeng ini mengenyangkan.

Canai masak atas kuali leper dengan sedikit minyak. Alih alih dan terbalikkan.  Lempeng jenis ni sedapnya dicicah sambal tumis ikan bilis, sambal sardin WOWW.

pinjam imej dari google.

Cubalah.

Teringat resipi ini dari hasil tangan kak long saya. Diwarisi sejak beliau di zaman remaja. Saya kerap memerhati kak long menyediakan lempeng ini semasa saya kecil lagi. Sekarang usia kak long sudah 60 tahun lebih. Hampir 10 tahun jarak usia kami. Dan saya pula, terus menyediakan lempeng jenis ini untuk anak anak juga diwaktu kerinduan adik beradik berkumpul, dikala sudah tiada berayah dan beribu.  Lempeng kenangan.Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...