Wednesday, November 25, 2015

Biro Muslimah



Assalamualaikum

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Kalu salah tolong tunjukkan.

Saya baru nak belajar belajar istiqamah mendekati Masjid.  Ruginya rasa sebelum sebelum ini jarang jarang . Alasan sibuk dengan tugas tugas harian mencari rezeki.  Hal ini kena memaksa diri.  Setelah merasai indahnya ukhwah bertaut di usia begini Cantiknya pengalaman yang pernah di lalui bersama  Mesranya jalinan silaturrahiim yang terjalin selama ini.  Insya allah. Alhamdulillah.  Sayang kamu semua.

Mesyuarat Biro Muslimah 23 Nov. 2015 untuk progrem dan mengadakan Majlis Ilmu dan Taman taman Syurga seterusnya

Kenangan aktiviti 2015.  Sekadar beberapa gambar terpilih.
Muharram . Memasak Bubur Asyura lalu



Tadarrus Ramadhan 2015.


Solat Idilfirti 2015

Langkawi Trip 2015

Padang Besaq.  Hehehe


Gua Kelawar Langkawi.


Mesra, akrab till Jannah. Insya allah.

Kita berkongsi perjalanan yang dilalui bersama.  Rumah kecil, yang anak ramai, yang anak sedikit. Suka duka, sakit, pedih. Cerita beras dan kopi habis. Family adik beradik jauh. Jiran, kitalah saudara.  Kita berkongsi cerita dulu, cerita kelmarin dan cerita semalam berdikit dikit. Lalu kenangan itu terkumpul di sepanjang perjalanan kehidupan 2015 ini. 

Jumpa lagi esok. Andai ada mentari bersinar dan nafas diizinkan untuk dihirup aku dan kamu kamu. Insya allah. Life is beautiful. Thank you Allah.




2 comments:

ummu said...

waalaikumussalam mamawana... :)

iryanty ahamad said...

Aktif ye group muslimah tempat mama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...