Sunday, November 15, 2015

Asam Pedas Ikhlas


Assalamualaikum

Permintaan anak bujang yang suka masakan asam pedas untuk makan tengahari semalam.  Saya singgah pasaraya Pak Haji Bdr Tun Razak membeli keperluan bahan bahan untuk asam pedas ini.

Resipi:

3 batang serai diketuk
Bunga kantan 1 batang
Daun kesum 1 ikat
Ikan Kembong Besar 2 ekor (Seekor dipotong dua)
1/2 inci halia
Sebiji bawang besar /bwg merah ( separuh saya kisar bersama cili, separuh dihiris2 utk campur dlm gulai)
Cili kering kisar/cili boh 2 senduk
Kacang Bendi 6-7 batang atau terung bulat 2-3 biji 
atau 2-3 biji buah tomato segar
Asam gelugor  @ 2 keping
Garam, gula, serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Kalu ikut versi arwah ibu saya, asam pedas ini dicampur dengan bawang merah, bwg putih, daun kari, sedikit halba, jintan manis, jintan putih yg ditumis dgn minyak hingga wangi. Juga lada hitam.  Rasanya juga agak berbeza sedikit.  Tetapi kedua duanya sedap dan ada keistimewaan masing2.

Resipi saya lebih mudah dan plain shj berbanding resipi arwah bonda, tanpa banyak bahan bahan rempah ratus.  Anak dara nak masak simple boleh ikut style saya. hehehe

Cara-cara

1.  Panaskan minyak  secukupnya. Tumis hirisan bwg besar/bwg merah, serai, cili,halia yg dikisar hingga garing dan harum baunya.  Tambah air.  Saya suka blend bawang besar utk memekatkan kuah.

2.  Masukkan ikan yang sudah dibersihkan, bendi siap potong pangkal dan hujung atau buah terung yg dipotong 4.  Masak dgn api kecil.

3.  Tambah air, asam keping atau air asam jawa, ikan dan masak hingga menggelegak.  Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan garam gula.  Tambah tomato jika suka.  Biarkan seketika. Kacau mesra gulai asam pedas ini. Tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

Saya pernah makan asam pedas pucuk ubi dgn ikan kembong 20 tahun lalu. Dan juga asam pedas jantung pisang dgn ikan kembong.  Suatu Kenangan kan. 




Ini namanya Asam Pedas Ikhlas.  Masaklah apa yang ada. Makan lah seadanya. Janganlah berlebih lebihan.  Janganlah riak dengan menu masakan yang mahal-mahal.  Apa pun masakan andai disediakan dengan kebersihan , halal lagi ikhlas pasti keluarga menikmati dengan nikmat dan lazat. Terima kasih sudi berkunjung.





3 comments:

iryanty ahamad said...

sedapnya...asam pedas kesukaan yan :-))

anak denesor said...

omak ai..sedapnyeee

Yati said...

Sedapnya asam pedas. Colek roti pun sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...