Thursday, November 26, 2015

Ahmad Ammar Syahid di Turki

Assalamualaikum

Cerita ini sudah hampir dua tahun berlalu, sejak pemergian Ahmad Ammar.  Namun kisah hebatnya pemuda ini terus segar meniti dari bibir ke bibir.

Ya Allah. Daku yang terasa sebak, kagum luar biasanya  kecintaan dan amalan anak muda ini kepada Islam.

 Baru seminggu kelmarin daku berpeluang mendengar sendiri tutur bicara perkongsian dari ayahandanya yang juga hebat kerana berjaya mendidik anaknya sehingga sedemikian hebat. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Al Fatihah buat Syahid Ammar.


Menikmati Juadah selepas perkongsian  yang indah.

Ahmad Ammar dilaporkan meninggal dunia pada November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.  Ammar dikatakan dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu. Beliau seorang pelajar juga seorang yang mengajar .  Layaklah Ammar memiliki syahid dalam perjalanan mencari ilmu dan menyampaikan ilmu sekali gus.  Ammar banyak berjasa kepada masyarakat dan aktif berdakwah.  Allahu akbar.


Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya  Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya


Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur



Lantas, Yang ku hadam dalam dalam tentang pemuda ini, Ammar seorang yang sangat mencintai ilmu. Ilmu yang mendekatkan diri kepada TuhanNYA. Bukan sekadar sembahyang, puasa, bersedekah, berbuat baik, belajar tinggi mencapai cita cita. Malah lebih dari itu.  Wawasannya seluas sayap yang lebar menutupi menaungi seluruh alam semesta.  

Belajar tinggi tinggi bukan sekadar untuk membahagiakan kedua orang tua, belajar tinggi tinggi bukan sekadar untuk dapat gaji lumayan dan hantar ibu ayah mengerjakan Haji.  Malah lebih dari itu. Menjangkau ke langit, ihsannya pada umat Islam yang tertindas di seluruh dunia masya allah. Semua orang mahu dibantunya. Sehingga mengenepikan hak dan keperluan diri sendiri.

Aku berdoa agar pemergian Ammar yang syahid seorang ini akan terus melahirkan benih Ammar yang baharu di seluruh dunia Islam. Amin. Satu keluarga satu Ammar yang baru. Masya Allah.
Sekian.








1 comment:

iryanty ahamad said...

Pernah baca di blog tentang arwah ..alfatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...