Sunday, October 18, 2015

Wangian Parfum Perfume



Assalamualaikum

Yang mana satu pilihan hati?  With or without alcohol?  Secebis perkongsian.


 Mwana minat parfum spray mcm pen ni.  Sekarang senang dapat di mana mana sekitar RM15 sebatang.  Beli kat mana mana kedai sekitar KL, masjid-masjid. Harga masa memborong di Makah dulu lagi murah tapi kena beli sedozen/sekotak .


aroma-suci-halal-jakim


 Nabi pernah bersabda yang artinya, ”Aku diberi kesenangan di dunia ini, yaitu wanita, harum-haruman, dan kesejukan mata dalam sembahyang (HR.an- Nasa’i).

Menggunakan minyak wangi dalam Islam sangat dianjurkan, sebab hal tersebut bagian dari usaha menjaga kebersihan dan keindahan. Tuhanpun sangat suka dengan hal-hal yang berbau harum, Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai  orang-orang yang menyucikan diri.”(QS.2:222). Ayat ini secara tidak langsung menyuruh kita untuk selalu menjaga diri dari hal-hal yang kotor, seperti bau badan karena keringat atau debu, pakaian kumal dan sebagainya dan minyak wangi adalah salah satu obatnya.

Menggunakan minyak wangi dalam Islam sangat dianjurkan.  Mwana suka bab bab menjaga kebersihan dan haruman ini kerana ia sebahagian dari keindahan Islam.  Mwana dikelilingi anak-anak syurga. Almaklumlah budak budak tecik duk  salam , peluk , cium kita setiap hari. Kekadang depa mai duk atas riba gayut gayut kat tengkuk. Mwana akan rasa lebih selesa dan senang hati bila bibir bibir mungil ini berkata "Cikgu wangilah. Cikgu wangilah."

Wangi diri, Wangi hati, Wangikan akhlakmu.

Terpulang pada diri memasing samada memilih parfum yang mudah selesa, suci bersih yang boleh dibawa solat.  Dulu dulu, Mwana suka beli parfum dari Avon, Revell, Cosway dsb. Ada yang kawan kawan hadiahkan juga.  Tapi sejak Umrah dan Haji memang minat yang senang dibawa solat. Especially Kasturi. Selalu stok habis.

Perkongsian dari e fatwa halal haram alkohol dll








1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya dpt hadiah perfume ballpen dari kwn yg balik Hj minggu lepas... mmg jatuh cinta dgn baunya. Tak strong sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...