Sunday, October 25, 2015

Sup Gear Box


Assalamualaikum

Ini cerita raya korban yang baru berlalu. Selesai membantu muslimah bergotong royong memasak di Masjid berhampiran rumah selepas zohor maka selesailah majlis sembelihan korban lembu di kawasan perumahan kami (Aidil Adhad 1436) tempoh hari.  Alhamdulillah.

Seperti biasa Muslimin muslimat bekerja bergotong royong secara sukarela menyediakan minum pagi dan makan tengahari untuk petugas.  Kerjasama membawa barokah.   Selesai majlis korban, daku pulang dengan sedikit buah tangan  masjid.

Dekat 3 minggu baru daku berkesempatan membuka plastik daging yang diberi.  Tak tahu nak masak apa macam biasa juga, jadi lah sup. Sup apa ? Sup tulang lutut lembu.  Padaku yang tak pernah makan tulang sebesar ini memang terkejut beruk.  hahahaha...

Resipi ku:

Bawang Merah/ Bwg Besar
Bawang putih
3 biji kentang
lada hitam/lada sulah

Rempah Sup 1 paket kecil
sedikit Bunga cengkeh
sebatang dua Kayu manis
sedikit Bunga lawang
Minyak Menumis

Cara2:

Rebus tulang hingga empuk.  Seketul Halia sebesar ibu jari tangan, 2 btg serai, sedikit lengkuas, sehelai daun pandan, kentang  rebus bersama tulang. 

Panaskan minyak, tumis b/merah, b/putih hingga naik bau, diikuti bahan rempah ratus di atas hingga masak garing.  Tuang ke dalam sup rebusan tulang tadi.  Kacau hingga mesra sebati.  Tabur Garam, lada hitam/lada sulah
dan perasa seenaknya.




Bismillah. Saya seorang sedut tulang ini dengan enaknya.  Alhamdulillah.


1 comment:

che mid said...

Che Mid tak pernah sanggup makan sup gearbox lagi la he he..selalu bagi kat che abang je. Nice try sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...