Monday, October 26, 2015

Pasar Percuma. Tak Percaya ker?


Assalamualaikum


Pasar Percuma.  


China, Melayu, India tanpa mengira bangsa bergabung menyumbang, memberi dan mengambil tanpa mengira pangkat dan darjat.  Seorang penduduk di hadkan untuk mengambil tiga jenis sayur sahaja.  Sepotong kobis yang bersaiz agak besar dipotong dua.  Sebiji labu kuning dipotong empat.  Telur segar boleh di ambil 5 biji seorang 

Pilih. Pilih dan Ambil. Pakaian terpakai.. Percuma.


Memilih untuk ibu tersayang. Free you.



Story books, buku2 terpakai, pakaian kanak2, pakaian bayi semua ada sumbangan dari individu pelbagai bangsa.



En.  Sham,  Memberi penerangan

 

Orang kuat mukasurat.com Cikgu Awin (jiran saya)


Percuma. Macam tak percaya ajer. Tapi wujud.

Sekurang-kurangnya dapatlah berjimat duit sayur untuk dua ke tiga hari ini.  Walau dengan suku biji buah labu akan dimasak lemak dgn udang kering atau ikan bilis.  Suku atau sebelah kobis ditumis enak. Kacang panjang digoreng sama cili dan telur.  Satu tin Sardin tin cap ayam dibawa pulang menjadi juadah terhidang di atas meja untuk rezeki keluarga masing masing. Anak-anak pasti gembira.





Oooppsss... 



Orang lain boleh menyumbang kenapa kita tidak boleh.
Orang lain menderma kenapa kita tidak turun menderma
Orang lain bermurah hati, kenapa kita tidak bermurah hati sama.
Orang lain buat pahala, kenapa kita tidak buat pahala bersama.
Jom menyumbang.
Jom bersedekah
Jom beramal.

Bukan susah buat baik.  China India, Sikh yang tidak dikenali pun turut serta menyumbang. Kita lebih lebih lagi sepatutnya.  Ini memberi ku inspirasi untuk lebih bersedekah.  Insya allah.

Daku pun startlah menyelongkar lemari pakaian lama untuk sumbangan ini. Next. Next event. Insya allah.


6 comments:

iryanty ahamad said...

Terbaik..murni sungguh insan yang punya idea semacam ni...

❤Kamsiah❤ said...

kalaulah dekat,saya pun teringin menyumbang sama...

JunAina said...

Wahhh...seronoknya...sumbangan kecil tetapi bermakna...

che mid said...

Hebat..tabik spring aah.. Insyaallah rezeki tidak akan berkurang bila kita memberi dengan percuma. Allah akan ganti dengan lebih baik..

Bunda_nora said...

Terbaek...jarang nak jumpa insan mulia begini...

Bunda_nora said...

Terbaek...jarang nak jumpa insan mulia begini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...