Sunday, October 18, 2015

Diploma Show UITM, Lendu, Melaka



Assalamualaikum

Sedikit pembuka bicara.  Mwana di sini. Menghadiri Diploma Show Pelajar UITM, Lendu Melaka.  Bergegas selepas zohor terus ke Lendu sampai dalam lebih kurang jam 4 petang. Rindu sangat pada anak bujang ku seorang ini yang hampir 5 bulan tidak ketemu sejak dia masuk ke semester Akhir lalu. Kami hanya berwassap dan bualtalipon mengikuti perkembangan pembelajaran anakanda. Jom, layan gambar pameran tersebut.









 Hasil karya teman teman seperjuangan anakanda yang lain.  Mwana terpesona melihat lukisan demi lukisan dan hasil kraf, oil painting, kraf kayu, tembaga, besi subhanallah cantik cantik belaka indah indah di mata semuanya.

Idea seni dan kreativiti student diploma UITM Lendu ini memang ngetop, World di pandangan mata Mwana.  Ini boleh di jadikan peluang dan landasan untuk menjual karyaseni, bakat diri dan idea disamping meneruskan kareer Fine Art dsb di peringkat yang lebih tinggi.   




Futuristic artwork.  Monochrome Pole. Hmmmm..... tersirat lagi tersurat.

 The Artist With the Artwork



Dikatakan ada pelawat pelawat professional dari luar negara spt Singapore yang meninjau, memerhati dan membuat kajian hasil seni student di sini untuk di tawarkan peluang pekerjaan di Syarikat mereka.  Golongan professional dan para pelajar dari Universiti tempatan lain juga datang menyaksikan pameran ini Ada yang berhasrat ingin membeli lukisan lukisan karya pelajar Diploma ini pada harga ribuan ringgit malah boleh meningkat lebih tinggi lagi harga karya seni mereka.  Dari sini para pelajar berpeluang ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkaitan di dalam dan di luar negara. Anakandaku berhasrat untuk terus menyambung pengajian ijazahnya pula di tahun hadapan 2016. Mungkin dalam bidang Graphic. Insya allah.



Sekian. Wasallam.

4 comments:

makcikkantin said...

Salam membalas kunjungan.......adakah mamawana = azwa kamar?? :)

Creativity anak2 muda sekarang ni sgt lah ohsem kan...

mamawana said...

makcikkantin

Ya, bener sekali.

Nooriah Abdullah said...

selamat malam mamawana
jenjalan singgah sini

aTieYusof Family said...

cantik2 lukisan art tu.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...