Saturday, October 17, 2015

Bubur Asyura 1437


Assalamualaikum

Cuti 1 Muharam kalian santai santai di mana ya?  Mwana nak kongsi pengalaman bersama jiran tetangga dan qariah Masjid Muqarrabin menyediakan bubur Asyura.  Kata orang buat bubur Asyura ni pada 10 Muharam (berdasarkan maksud Asyura atau Asyara yang bermakna hari ke sepuluh yang tersirat banyak kemenangan yang berlaku dalam sejarah Islam pada tarikh 10 Muharram ini).  Tetapi memandangkan ini sahaja masa  bersama yang kami ada , maka bergotong royonglah kami pada hari pertama bulan mulia ini 1 Muharam 1437. Alhamdulillah.  

Kalu rajin setiap minggu pun walau bukan bulan Muharam pun boleh masak bubur asyura ni kannn..................jenuhler komer ngaco 8-10 jam nak masak bubur berkawah ni. hihihi....

Apa itu Bubur Asyura?

Sejenis makanan yang disediakan daripada bahan bahan spt kekacang, jagung, pisang, keledek, ubi kayu, ubi keladi, rempah ratus khas untuk masakan bubur asyura ini dll.  Memandangkan mwana tidak mempunyai resipinya, resipi yang diminta dari jiran jiran pun belum kesampaian, maka jadinya mwana kongsikan resipi segera dari blog berikut

1.  Azie Kitchen 


3.  arnamee


5. balqis  Bubur Asyura yang Manis resipi Utara.  (Yang no. 5 ni mwana berminat nak cuba masak sendiri. Kalu rajin ler. muehehehehe). Insya allah, mwana pasti buat. Sebab saya sangat sangat sangatlah suka makan versi berempah berdaging manis ini. hmmmm.... yummmyyy...

  Makcik makcik, kakok kakok bergotong royong memotong ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, bawang, serai, daging dsb.


 Kami kacau bergilir gilir, berdua dua, waktu solat, waktu makan tengahari, buat itu ini, sana sini ringankan tulang. 


Mengacau rempah ratus,serai, bawang... sempat posing enter frame. Pengalaman yang indah lagi sangat bermakna buat diriku.


kerjasama membawa berkat, mengerat silaturrahim, ukhwah jalinan mesra antara jiran tetangga.  Kami buat kutipan ikhlas khusus untuk projek ini disamping duit tabung muslimah masjid. Dapatlah merasa bersama jemaah qariah sekitar taman perumahan kami. Alhamdulillah.


Inilah hasilnya.  Kami buat yang  versi Kedah dan versi kelantan.  Mwana suka yang berempah  macam bau makjun ini. hmmm...marvellous.


Bagi yang suka silalah buat ya. Dan jangan lupakan blog entri perkongsian resipi bubur asyura ini. heeee



6 comments:

makcikkantin said...

Makcil suka versi boleh potong ni....tapi yg manis....ada kacang ubi pisang....

kakyon said...

jenoh nak kacau sampai 8 jam. ky suka yg bubur nasi tu..

Bunda_nora said...

Sebut 'pasal bubur asyura ...bunda pun memang tengah berkira2 nk buat jgk...tak kiralah dah terlepas 10 Muharram pun kan...

Tapi tu lah ntah bila... yang resipi bunda punya lebih kurang yg macam no.5 tu...tapi ada tambahan bahan lagi...

Manis...letak kacang hijau ..kacang tanah..jagung manis dan keledek...dah lama tak buat....kalu bunda jadi buat nanti bunda up entri....InsyaAllah..

Ummi Hanie Fadzil said...

seronoknya bergotong royong...

saya suka bubur asyura yg manis2 sedikit

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Bella Salsabiila said...

sedap nye bubur tu, terlihat kompak bisa bergotong royong majalah sehat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...