Tuesday, October 20, 2015

Bahagia Till Jannah

Assalamualaikum


Saya selalu terbaca harapan pasangan, ibu bapa, kekasih kununnya...bahagia till jannah. Bagaimana untuk jadi seorang yang benar benar bahagia?  Bagaimana dan apakah jalan untuk  menikmati kebahagiaan yang hakiki itu.  Segalanya dapat dikecapi seandainya melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.  Yakni, apabila........

1.    hati itu selalu bersyukur. Bersyukur kepada Allah dan menerima apa yang          dia  dapatkan untuk digunakan demi kebaikan

2.  Memiliki pasangan yang solleh yang menjunjung perentah Tuhan

3.  Memiliki anak anak yang solleh yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

4.  Bergaul dan memiliki teman dan sahabat yang solleh

5.  Mengusahakan, memiliki dan membelanjakan harta yang halal dengan              redhaNYA

6.  Belajar ilmu agama, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan              harian. Islam itu      cara hidup yang indah tiada tolok bandingannya

7.  Umur yang berkah yakni semakin berumur semakin banyak amal sollehnya.      Mempersiapkan diri untuk bertemu TuhanNya.

Sekadar peringatan untuk diri ku sendiri jua bahawa kebahagiaan itu adalah milik 


Dan orang yang paling berjaya itu ialah orang yang bersegera menyahut panggilan agung dari Tuhannya.  Berbahagialah orang orang yang berjaya.




2 comments:

iryanty ahamad said...

ALLAHUAKHBAR..betul lah kan. SOLAT TU TIANG AGAMA :-))

Bunda_nora said...

Dengan itu kita hendak lah jadi orang yang selalu bersyukur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...