Sunday, September 13, 2015

Tragedi Krane di Makkah @ 11 September 2015

Assalamualaikum

Kebetulan. Sekadar kebetulan . Iya.  Apa yang berlaku pada tarikh 911 itu.?  Jumaat, kelmarin September, 11 2015 satu tragedi kejatuhan crane di Makkah ketika ribut pasir dan hujan yang sangat lebat.


Ia mengundang luka, duka yang mendalam juga kecederaan parah dan melibatkan kematian. Senarai mangsa jemaah Malaysia klik sini. Innalillah. Al Fatihah.


Crane yang patah menimpa banyak jemaah di bahagian tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Mengenai jemaah yang ketika itu sedang solat dilantai Masjid.

Ramai jemaah yang luka. Daku hanya mampu menonton di kaca TV. Melihat darah berceceran, mayat mayat di tutup dengan sejadah.  Rasa duka, debar, sedih, pilu. Ya Allah. Mereka yang menjadi mangsa mungkin antara yang pernah berdoa untuk mati di hadapan Kaabah, di Masjidilharam.  Sama samalah kita lanjutkan berdoa agar seluruh jemaah Haji dipermudahkan urusan hingga selesai dan mendapat Haji Mabrur.

Daku dahulu pun begitu. Pernah berdoa untuk mati dan di solatkan didataran Kaabah oleh jutaan umat Islam dari seluruh dunia.  Kenangan Haji 2011, seminggu sebelum wuquf daku diserang asthma yang teruk. Mana tidaknya, hampir seluruh jemaah hotel terbatuk batuk, di luar hotel, di jalanraya, jemaah Bangladesh, Pakistan, Afrika terbatuk batuk dan meludah di sana sini.  Malah di dalam masjidilharam juga jemaah terbatuk batuk. Seluruh Mekah batuk. Akhirnya, daku pula dijangkiti batuk dan asthma yang teruk. Untuk solat berjemaah di dalam hotel sendiri pun daku tidak mampu kerana batuk yang kuat hingga sakit dada ya amat. Rasa macam nazak pun ada. Rasa macam nak mati pun ada. Sehingga kakak sebilik ku jadi risau melihat keadaan ku yang berguling guling atas katil hotel kerana menahan sakit di dada ketika batuk yang teruk. Untuk berjalan ke masjidilharam langsung daku tiada daya dan upaya.  

Teringat daku ucapan doktor Tabung Haji yang merawat daku "Kalu kesihatan Hajjah tidak kurang sembuh selepas ini, Hajjah kena naik satu bas dengan kami, pihak perubatan akan mengiringi Hajjah untuk menunaikan Haji sehingga selesai. " Ya, Allah daku rasa sangat bertuah dengan ucapan pengubat duka itu.  Apa apa pun malu rasa nak cerita.  Tika malam, selepas solat Isya, zikir bagai sebelum tidur daku senyum senyum dengan harapan Allah swt mencabut nyawaku ketika tidur. Mati tersenyum dalam keadaan beriman, bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Ali Baba dgn 40 Penyamun.  Mati tersenyum. Perasan dapat meninggal di Makkah. Hello. Please. Istigfar banyak banyak ya. Mati walau di mana pun asal amal ibadah mu murni dan ikhlas insya allah, lubang kubur itu ibarat Kebun Kebun Syurga menantimu.  Fehem.

Selang sehari daku terpaksa ambil gas di klinik Tabung Haji yang kebetulan ada di dalam hotel penginapanku.  Daku berdoa, Ya Allah permudahkan urusan Hajiku.  Setiap hari daku mohon bantuan rakan sebilik untuk ambilkan daku air zam zam sebotol untuk minum dan mandi agar sembuh demam dan batuk ku.

Alhamdulillah, tiba hari wuquf dan sepanjang masa di Mina sehingga selesai melontar dan kembali utk Tawaf Haji daku diberi Allah kesihatan yang membahagiakan. 

Selesai Haji ku, Alhamdulillahirobil alamin, daku kembali di serang demam dan batuk yang teruk. Allahu akbar.  Sekembali ke tanahair juga daku berterusan batuk dua minggu terpaksa berulang alik ke doktor pakar HUKM.  Alhamdulillah daku kembali sihat.  Dugaan Allah beri sangat menguji kesabaranku. Dan pandangan mataku pada kehidupan ini juga telah berubah. Semoga daku istiqamah dalam amalku.  Amin. Insya allah.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...