Thursday, September 24, 2015

Solat di Kamar Mu Lebih Baik

Assalamualaikum

Galakkan dan larangan wanita bersolat di Masjid.

Sabda Nabi SAW yang mafhumnya “dan rumah kediaman mereka adalah lebih baik bagi mereka” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud); 

 “Solat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah);

Hadis tersebut tidak bertentangan dengan hadis yang mafhumnya: “Solat di masjidku lebih utama seribu solat dibandingkan dengan solat di masjid-masjid yang lainnya (Hadis Riwayat Muslim).

          Berkata Syaikh Al-Albani Rahimahullah: “Hadis tersebut tidak menafikan bahawa solat-solat mereka (para wanita) di rumahnya lebih utama bagi mereka, sebagaimana tidak dinafikannya pula keutamaan solat sunnah di rumah bagi lelaki dibandingkan jika dilakukan di masjid. Akan tetapi jika lelaki solat fardhu di salah satu masjid yang tiga (Masjidil haram Makkah, Masjidin Nabawi Madinah dan Masjidil Aqso), maka mereka mendapat keutamaan-keutamaan dan kekhususan-kekhususan dibandingkan solat di masjid-masjid lainnya, demikian pula halnya bagi wanita.” (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah :156)

          Walau bagaimana pun, kita juga mendapati bahawa para ulamak telah bersepakat tidak mengharamkan kaum wanita ke masjid. Berkata Al-Imam Ibnul Jauzi: “Harus bagi seorang perempuan untuk keluar ke masjid untuk solat berjemaah bersama kaum lelaki”(Lihat: Ahkamun Nisa', m/s 36, cetakan pertama, Matbaah al-Halabi, Mesir, 1994). Bahkanada di kalangan mereka yang menganggap bahawa elok juga bagi kaum wanita untuk datang solat berjemaah di masjid. Berkata al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla:“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik” . Bagi mereka hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja. Lihat 'al-Mufassal Fi Ahkamil Mar'ah', jilid 1, m/s 212.

Sebenarnya tidak ada nas yang jelas melarang wanita ke masjid, bahkan nas yang ada hanyalah menyatakan bahawa solat di rumah adalah lebih baik. Nas ini adalah penutup kepada hadis yang menyatakan bahawa mereka perlu diberikan keizinan untuk ke masjid. Sabda Nabi SAW yang mafhumnya:
"Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik"Hadis sohih riwayat Abu Daud.

Seterusnya klik sini 

***************************************************************
Sudah bertahun tahun dan acapkali jua ku baca larangan larangan dan galakkan wanita untuk bersolat jemaah di masjid.  Dan acapkali juga daku berulang alik ke masjid. Adakala berwajah manis dan adakala wajahku murung kelat, mungkin diselaputi duka dan ingin segera sujud mengadu pada Illahi segala resah dan takungan duka di dada hati.

Bandingan bila daku berqiamulail di rumah seorang diri dengan solat berjemaah atau beriqtikaf di masjid sangat berbeza pengalamannya. Nikmatnya, hikmahnya, Hanya Allah swt Maha Tahu dan Hanya daku yang tahu suka duka bahagia yang menyelimuti segala salirat urat darah sendi ku. Ujian demi ujian kehidupan.  Allah uji dan perhati cara kita memulih jatidiri.  Alhamdulillah. Allahu akbar.

Jangan salah faham. Dalam doa malam ku, daku sedang cuba berusaha untuk fokus hati untuk memperbaiki ibadah dan akhlak, mengurus rumah tangga dengan baik, menjaga ibadah, menjaga hubungan dengan adikberadikku, dengan manusia dan senantiasa berusaha untuk menasihati dan mengajak adikberadikku jua orang lain melakukan kebaikan. Walau hati ini penuh rajuk duka yang panjang...


Solat di Kamar sendirikah yang lebih baik atau Solat berjemaah di Masjid?
Bukan tujuan riak bercerita tetapi ... tetapi...tetapi......... kalian cubalah sendiri. Salam Idil Adha.





1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Dgn ruangnya yg luas..
dgn carpetnya yg selalu divaccum.. :D
dgn aircond/heater dia yg nyaman..
Memang feel dia lain kalau bersolat di
mesjid..
Tp sy jarang pegi.. angkara sibuk dgn duniawi.. huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...