Monday, September 14, 2015

Snowy

Assalamualaikum

Snowy bukan Snowy Cheesecake ya. Tapi yang ini.   Kasihan dia.  Demi rasa Kasihan kat anak  kucing tanpa nama ini.   Datang mengiau ngiau di Tadika tempat mama mengajar. Seminggu mama duk perhati dan biarkan dia berkeliaran di luar Tadika.  Budak-budak duk main kasar dengan dia.  

Akhirnya, mama angkut dia bawa balik.   Ku namakan ia Snowy.  Seminggu dua  ia berak berterabur juga.  Jenuh nak ngajor.  Kejap berak kat tikar getah di dapur kejap berak bawah meja makan, kejap berak atas tikar getah depan bilik air.  Mama kurung jer dalam sangkar sehari dua, baru dia pandai berak atas bekas pasir yang disediakan.   Sekarang, sangkar dibiar terbuka, dia akan bebas keluar masuk membuang dalam sangkarnya sahaja.  Macam anak kucing kacukan Siam jer.  Entah tak tau spesis apa.






Snowy dah besar.


Mama sangat sayang kat Snowy nih. Ke mana mama pergi dia ikut. Ke dapur, kedepan, ke bilik tidur. Macam dia nak mama ngadap muka dia ajer dalam dunia nih. hihihi.  Mama masuk tandas pun dia boleh ikut. Mama solat dia boleh tunggu sebelah. Kadang2 dia golek2 atas sejadah. Nak kena jentik nih. Nakal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...