Sunday, September 20, 2015

Satu hari Dua Majlis Walimatulurus


Assalamualaikum


Walimatul urus itu adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan (pernikahan) .

Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

Berlansung di  Bdr Tasik Selatan. Sabtu 19hb September 2015. Malam sebelum hari berlansung jiran jiran wanita turun bergotong royong memasak lauk pauk untuk majlis Tahlil tuan rumah selepas solat Isya. Tolong menolong membawa berkat. Alhamdulillah.

Klik


Jiran jiranku yang comel. Kami memang berpakat seiya sekata memiliki baju sepasang sedondon macam ni setiap kali ada majlis . Daku punya belum tempah lagi.  Hehehe.


Majlis 1
Maka pada hari Sabtu berlansungnya majlis persandingan anak tuan rumah.  Terima kasih kerana menjemput.  Dan tahniah saya untuk tuan rumah serta jiran tetangga yang baik hati dan ringan tulang membantu pengurusan hidangan majlis.  Lauk sedap sedap.   

Sempat bergambar dengan emak Pengantin. Jiran Blok B. Semoga kedua mempelai dan keluarga  mendapat keberkatan rejeki dan dirahmati Illahi. Amin.



Majlis ke 2

Di Sapura Mines. Jiran dari Blok E.

Suasana majlis yang meriah dengan jiran tetangga.  Kami bawa perut sahaja. Hehehe.... Dah kenyang di Majlis 1, jiran tetangga yang sama berbondong bondong menhadiri pula Majlis 2 di sini.  Kami meraikan jemputan jiran jiran . Alhamdulillah.




Sekian Laporan.  

1 comment:

iryanty ahamad said...

Cuti sekolah..musim org kawin :-))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...