Tuesday, September 29, 2015

Rezeki Anak Untuk Ibu


Assalamualaikum.


Boleh dikatakan sangatlah jarang daku makan makan di luar.  Pertamanya kerana lebih suka memasak  lauk pauk selera sendiri di rumah kan. Kedua, bajet, jimat cermat dengan  gaji bawah 1K dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat makin tinggi dan semakin tinggi ini. Ketiga, jimatlah minyak dan masa daripada  melilau mencari parking di celah celah deretan restoran KFC, Secret Recipe, Ayam Penyek bagai di luar sana.

Apa apa pun rezeki Kak Long nak belanja makan makan di luar. Why not? Kecil tapak tangan nyiru mama tadahkan.

So. Kak long pilih tempat, kami singgah di sini. 

Spaghetti Carbonara lagi. Memang feveret Kak Long.

  Black Forest Cake. Minta Carrot Cake kegemaranku tiada pula.

Mama makan Fried Rice With Satay. Syukran Kak Long. Semoga dimurah dan dilipat gandakan rezeki yang halalan thoiyiban. Amin.

 BANDAR SRI PERMAISURI
No. 107G, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah .



"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya: ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan meyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepadaKulah kembalimu " 
(Q.S. Luqman : 4).

4 comments:

Azian Elias said...

mmg jimat kalau masak sendiri.. nampaknya nak kena rajin masak lah.. terasa bahang melesetan ni..

Kakcik Nur said...

Syukur Alhamdulillah...

Semoga bertambah2 rezeki kaklong.

❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah... semoga kak long terus menjadi anak yg baik...

iryanty ahamad said...

Alhamdulilah...beruntung punya anak seperti kak long..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...