Wednesday, September 9, 2015

"Life Is Beautiful"


Assalam

Berpuluh tahun lalu
Bapa ku arwah
Langit gelap daku pitam
Enam bulan berlalu
Alhamdulillah
Yaasin, Al Fatihah dan doa doa untuk abah 
Insya allah, Istiqamah

Bertahun tahun lalu Ibu ku jua arwah
Sering ketemu dalam mimpi rindu
Doa demi doa dan zikir istiqamahlah

Berbelas tahun sudah daku yatim piatu
Sebatang kara


Suka duka
Bukan senang nak senang
Bukan mudah untuk jadi mudah
Kehidupan bagai ombak di lautan ganas

Anak anak ku kelek keluar masuk U
Anak anak ku kelek
Sana sini peneman mencari rezeki
Ibu sudah lelah namun
Semangat tetap kuat terus kuat
Kerana ingat janji Allah
Allah tak janji andai daku gigih mencari rezeki
Kerja siang malam daku akan jadi kaya
Allah tak janji andai bergelumang 
Dengan diploma, ijazah kau akan jadi pandai
Life Is Beautiful
Beautiful lah sangat
Sabar dan Syukur
Redhalah hati
Bukankah ada Bilal menyeru
Marilah mendirikan Solat
Marilah meuju kejayaan 

Kerana Allah sudah berjanji
Siapa Solat dia BERJAYA
Dia menuju kejayaan
Dengan Solatnya
Life is So Beautiful.....


Sekian. Keep on smiling.





4 comments:

Kakzakie said...

Selagi tegak berdiri seorang hamba dgn jalan Allah pasti akan ada kekuatan dan kejayaan dihujungnya walau mungkin pada awalnya ada ujian dan dugaan.

iryanty ahamad said...

semoga terus kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan...

JunAina said...

Tanpa kedua ayah ibu siapalah kita namun kasih sayang itu tetap hingga ke syurga.

Azian Elias said...

AL FATIHAH buat semuanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...