Friday, September 11, 2015

Di Karnival Usahawan Desa 2015



Assalamualaikum 

Hati tertanya tanya.  Bagaimana kah gerangan meriahnya Karnival Usahawan Desa 2015 yang diwar warkan di kaca TV. Ah... hati teringin melonjak mahu berpergian hadir di karnival itu.  Dengan izin Allah swt, alhamdulillah sampai jua ku di sana.  Silalah menjamu mata dengan foto foto di sini. Tiada kata seindah bahasa.  Nak ku cerita berjela jela.  Sudi sudikanlah menatapi wajah wajah yang hadir di sini.


Bagamana keadaan karnival?  Jawapannya.. meriah Ya Allah. Parkir punya lah pusing punya pusing punya pusing, tepian jalan semua penuh. Rasa kecewa, kalu tiada parkir balik sahajalah gitu.  Namun, jalan ke depan dan ke dalam sikit tetapi tetap tidak jauh dari khemah khemah karnival dapat jua daku parkir di tepian satu bangunan.  Tapi double parking lah jawabnya.  Kereta tidak tarik brek. Biarkan di tolakin ajer bila keperluan. hehehe... biasa cam kat rumah jer.


 Huh, sold out.  Boleh tinggal kotak kosong ajer. Tulang ngan kulit pun habis kena sapu jualan....Larisnya.... usahawan RISDA ini


 Daku minat benda benda herbs ini.

Cantik menarik....



Hohoho... hasil pancingan ku di KUD 2015. Ada lagi...keman entah ,  kat dapur... ihiiikkss


Sokong sangat sangat sangat usaha kerajaan dengan kewujudan  industri usahawan desa dimana projek di bawah program pemasaran ini memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program.   Alhamdulillah.

6 comments:

lia ummiirfan said...

KUD best.. saya pegi dua hari berturut-turut.. hihi.. besaq kemaen aihh..

Tips asingkan tempat tidur anak

che mid said...

Che Mid pernah jadi emcee untuk majlis perasmian program 2 tahun lepas. Tapi masa tu rasa macam tak meriah. Mungkin dan diperbaiki dan promosi lebih bagus, jadi respon dari pengunjung lebih baik. Memang teruja tengok usahawan Melayu dengan produk2 mereka kan..

iryanty ahamad said...

Tak pernah pi sini..bagus ni..macam2 produk ada

mamawana said...

Lia Ummiirfan

Best kan Lia... hihihi kalu dekat mau pi sana hari hari. ihiikkss..

mamawana said...

Che Mid..

Hebat tu jadi emcee acara karnival. Semakin meriah. Allah . semoga murah rejeki peniaga dan pembeli pengunjung semua. Saya pergi bawa cucu saudara umur 8 tahun. Ada satu booth buat game. Tak ingat booth mana. Berdepan dgn khemah TV ALHijrah. Masa tu Ust. Don sedang dok bagi quiz kat pengunjung. Cucu sedara ni kenit so tak dpt nampak apa kat booth Ust. Don tu so dia pergi khemah sebelah ada permainan. Menang dapat tshirt, pen belon... huuii suka gila dia sibudak kecik nih.

mamawana said...

Iryanti

Next time, tahun depan pi ya. Mamawana pantang ada karnival food beverages, halal food international expedisi kat KL mana mana insya allah suka sangat pi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...