Thursday, September 24, 2015

Cerita Hari Isnin Lalu

Assalamualaikum


Sejak 3-4 tahun sudah tidak bekerja tetap, ke sana ke sini mencari sesuap nasi demi kesinambungan nafkah keluarga dan anak anak, pagi Isnin lalu ada urusan dengan pejabat kerajaan dan perbankan.  Daku singgah di Jln Tuanku Abdul Rahman.  Perut berkeroncong pagi itu.  Bertahun sudah tidak ku lalui  di Jln TAR. Ya, Allah.. rasa sangat janggal dan berbeza zaman bekerja pejabat dahulu dengan keadaan masakini.   Parking sejam kat area lorong carpet belakang Jln TAR itu @ RM3.80 sejam.  Urusan ku pimai pimai 2 jam so kena bayor RM7.60 kannnnn..

Sempat cuci mata.  Sempat juga singgah di kedai jualan tudung tudung. Beli juga dua helai tudung instant shawl. RM10 jer sehelai hahahaha......

Image result for jalan tuanku abdul rahman


Berpusu pusu lalu lalang manusia sekeliling, daku perhati penjawat awam bergegas ke pejabat, ada yang melenggang cari sarapan.  Genit-genit, cantik cantik, bergaya semuanya.  Nostalgia kenangan ku dulu dulu.  Sama juga seperti mereka.

Daku pilih sebuah kedai mamak. Minum Teh Tarik kegemaran ku. Hmmm, enak.


Bismillah, Alhamdulillah.  Urusan sangat cepat, urusan di Maybank  juga sangat pantas. Syukur. Jam 10 pagi, Sempat daku ke pasar membeli sayur, ikan bagai. Sempat memasak lagi di rumah.  Sebab Bos dah izinkan daku masuk semula jam 2 ptg.  Baik punya bos daaa.... Respek. 

Ya lah, sekolah dah cuti. Tak ramai anak-anak transit yang hadir di Tadika Taska kan.  Apa apapun di sebelah petangnya, bahagia dapat peluang ku didik anak-anak seusia 4 tahun berqiraati. Alhamdulillah. Astagfirullahil aziim. 






2 comments:

Chot said...

Alhmdulillah. Seronoknya bila semua urusan dimudahkn.. dan perenggan akhir tu.. hrp2 nnt sy pun dpt berbakti seperti itu juga..

iryanty ahamad said...

Alhamdulilah..semua urusan Allah permudahkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...