Monday, September 28, 2015

Catatan : Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum

Cerita beberapa hari lalu.  Pagi pagi perut cepatnya berkeroncong. 
Laju laju daku merebus setengah paket Spaghetti. 
Memotong, menghiris bahan bahan spt

Bahan kisar
4-5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Bahan Hiris
Setengah biji capsicum
Dua bij tomato segar

Daging ayam kisar (Ramly) setengah paket
Secawan kecil susu cair
1 tin sos spaghetti carbonara cendawan
Cendawan butang setengah tin
sedikit garam
1 kiub perasa maggi ayam
sedikit ladam hitam ditumbuk


Setengah paket spaghetti (makan 4 -5 org)hetti. 
Rebus air hingga menggelegak dan masukkan spaghetti. Masak hingga empuk dan angkat, tos. campurkan sedikit minyak zaitun utk elak ia melekat.

Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumiskan bwg putih dan bwg besar tadi. Masukkan daging ayam kisar. Campurkan sedikit air. Biar mendidih. Masukkan capsicum dan tomato kiub tadi.  Masukkan sos carbonara.  Sedikit susu cair.  Tambah lada hitam ,kiub ayam maggi,  sedikit garam secukup rasa.  Saya campurkan sedikit parutan cheese cedar. Dan serbuk kentang putar untuk memekatkan kuah. Masak hingga mendidih dan rasa garamnya masin lemak berkrim. Enak. Buat anak anak dara belasan tahun cubalah. Mudah sesangat.

Terus hidang untuk sarapan pagi dan lunch sekali .  


 Dinner Nasi putih lauk biasa gorengan dan sayur mayur.  Okay kan. Simple. Bajet.


6 comments:

anak denesor said...

aiseh lapo lak pg2 ni tgk cmtu..

iryanty ahamad said...

Sedapnya..pagi2 dah meleleh air liur...

JunAina said...

Kalau masak spagetti ni mak jelah dok mengulang makan...anak2 kurang nak layan.

Ardilla Noorezan said...

Sedapnyaaaaaaa! :'(

uncle gedek said...

ni yg nak paksa aunty buat jugak ni... hhehhe

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...