Sunday, September 6, 2015

BANYAKNYA HUTANG



Assalamualaikum

Adakala kita sedekah sepuluh ringgit
Adakala kita bersedekah lima puluh ringgit
Kadangkala sedekah jua  seratus ringgit
Lama juga langsung tak bersedekah
Berbulan bulan kerana  kantong kita kosong
Cukupkah sekadar bersedekah zikir
Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akabar
Kerana kita, duit kita dari 
Pekerjaan yang tidak tetap
Pendapatan yang sedikit
Masih berputar dalam kolong
BRIM dan ASNAF
Engkaukah atau Aku kah itu?

Hati sudah berjanji
Untuk berpuasa sunat Isnin Khamis 
Sehingga akhir hayat
Tetapi adakala alasan tak larat
Ya Allah, daku berhutang janji dengan Allah

Pernah seketika berbisik dengan Allah
Mahu lancarkan bacaan juzuk demi juzuk
Sehari satu juzuk
Adakala sehari boleh habis 20 helai bacaan
Kadangkala sehelai dua sahaja
Bila terleka................................................
Berhari hari AlQuran itu di situ di situ
Tanpa bacaan kamu
Ya Allah, daku berhutang lagi.
Banyaknya hutang
Ya Allah,
Permudahakanlah urusanku dunia dan akhirat
Lapangkanlah rezeki masaku
Lapangkanlah rezeki sihatku
Lapangkanlah rezeki hartaku
Agar dapatku langsai segala hutangku
PadaMU, insya allah.
Amin.

Pray for Syria
Pray for GAZA  Palestine
Pray for Rohingya



Sekian. Ma assalamah.


1 comment:

iryanty ahamad said...

Terkedu :-((

terima kasih atas ingatan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...