Sunday, September 27, 2015

Aktiviti Raya Qurban 1436H

Assalamualaikum

Ingin daku kongsi aktiviti tahunan di Taman perumahan ku.

Sebagai anak yatim sejak 30 tahun lalu sememangnya meraikan Hari Raya Haji yakni Hari Raya Qurban adalah di Masjid Masjid berdekatan rumah ku. Sejak kecil di bangku sekolah rendah lagi raya haji adalah raya biasa biasa sahaja. Tiada kueh mueh melimpah ruah di atas meja sebagaimana Hari Raya IdilFitri.. Semuanya ala kadar sahaja.

Sejak 20 tahun lalu juga, daku berhari raya bersama anak anak sahaja. Melaksanakan qurban mana yang mampu.  Adakala daku tidak berqurban  dan dapatlah sedikit daging dari masjid kerana membantu tugas gotong royong memasak di masjid.  Alhamdulillah.  Di mana ku tinggal di situlah daku berhari raya. 

Yang utama niat hati berqurban itu sentiasa membara.  Solat Idiladha sudah menjadi kewajipanku.  Ia memberi suatu ketenangan dan kebahagiaan walau daku terpaksa  berhari raya seorang diri di dalam kereta suatu ketika dahulu.   Siapalah daku, ku harap Allah swt sudi menerima cintaku. Layakkah daku? 

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku 
Oh tuhanku


  Boleh menitis air mataku......   Sayu, pilu, Seterusnya..  klik


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-doa-taubat-iktiraf-raihan.html#ixzz3mtkIyzz9



Daku berkongsi cerita raya haji  2015 daku di sini.


Bersama jiran tetangga.  Breakfast disediakan oleh pihak Masjid selepas solat Idiladha. Bihun Singapore yang enak, nasi himpit, rendang, kuah kacang semua sedap sedap belaka. Air sirap , Teh tarik yang enak panas panas.  Muslimin di khemah penyembelihan dan pemotongan serta agihan daging korban. Manakala muslimat di khemah lain membantu urusan memasak dll untuk petugas masjid. Seperti kebiasaan di tahun tahun lalu, daku siap bawa sendiri dari rumah pisau pemotong daging dan sayuran bersama pelapik memotong.  

Agihan daging jam 12.00 tengahari. Progrem Selesai jam 2.00 petang. Daku kemas mana yg  mampu, cuci pinggan mangkuk mana yang dan, daku pun berkemas pulang ke rumah senang hati.



Uniform petugas Tahun 2015. Alhamdulillah. Sedap pakai Size XL jer. hehehe kuruih daku kan...


Sekian laporan dari insan pelupa lagi kerdil di sisi Tuhanku.


1 comment:

iryanty ahamad said...

Entri atas tu sebak baca...

Dah lama yan tak merewang potong daging...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...