Wednesday, September 30, 2015

Ahad Bersama Keluarga

Assalamualaikum

Ada apa dengan hari Ahad?

Gathering, makan makan bersama anak anak buahku. Yakni anak arwah abang kandung ku yang pergi di usia 50 tahun hampir 10 tahun lalu.  Hmmm.. pilu mengenangkannya. Al Fatihah. Abang yang paling sporting, terhensem dalam family lelaki dan paling rapat dengan ku lagi sangat ku sayangi.

Lauk pauk nasi putih, ikan keli masak cili, gulai daging dengan rebung, sambal tumis udang, sayur boncis masak kerang, kueh mueh, kek dll. Fullamak. Dimasak oleh ibu mertua anak buah ku itu.  Masya allah. Sangatlah sedap giler.  Hepi sangat tummy ku. hehehe dapat mamam masakan air tangan ibu mertua anak buah ku itu.

Gathering taken place at Pantai Dalam Flat. Speaking ngko.   Sedikit foto bercerita di sini.





Anak anak arwah abang kandungku (7 beradik semuanya). Arwah abangku berkeluarga di usia 17 tahun. Di usia 50 tahun pemergian arwah  meninggalkan 7 orang anak dan 10 orang cucu.  Gambar di bawah, emak dara semua nya ini. Yang bongsu bertudung biru sudah punya 4 orang anak. Kawin di usia 20 tahun. Muda muda semua sudah berkeluarga mengikut jejak ayah dan ibu mereka yang kahwin awal. Belum 30 tahun anak-anak memasing dah 4-5 orang.  Bahagia semuanya. Daku tumpang bahagia. 




Gembira dapat bersua dengan anak anak buah sendirikan.  Walau tidak semua dapat hadir di majlis ini.  Semoga bahagia till Jannah and see you all in Jannah. Amin.





2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

memang gembira bila dapat berkmpul mcm tu...selain menjamu selera,dapat mengeratkan silaturahim..

iryanty ahamad said...

Thumbs up...:-)) aur ducincang takkan putus...ikatan silaturahim yang terjalin moga kukuh sampai bila2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...