Tuesday, August 4, 2015

BERSAMA ALLAH BILA SUSAH



Assalamualaikum

Testing.  Nak sentuh sedikit pasal susah atau di waktu kita susah. Siapa kawan, siapa lawan? Siapa saudara, siapa adik beradik.  Ada ker?  Saudara jauh, adik beradik jauh sekali untuk datang menghadirkan diri membantu tatkala kita dalam kesusahan.  

Ibarat pepatah 

" Seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing masing".  

"Bagai anak ayam kehilangan ibu"

Almaklumlah saya anak yatim.

Susah senang tanggunglah sendiri.  Siang malam  kerja mencari rezeki, buat kerja lebih masa. Sabtu Ahad sambung belajar siapkan segala dip. and deg. bagai yang dicita.  Kekadang dalam poket hanya ada RM3.00 sahaja untuk kelangsungan hidup.  Tapi Allah memberi kasih sayangnya, menghantar seseorang untuk memberi rezeki di hari itu.  

Saya pernah berdoa dan mengadu  kepada Allah swt dalam solat di mesjid KLCC berbelas tahun dahulu.  Tanpa disedari, rupa rupanya Allah swt mengirim seseorang untuk memberi saya jalan dan peluang rezeki sampingan dengan cara memberi saya kerja sambilan sebagai Guru Tuisyen di pusat pendidikan beliau.  Subhanallah. Alhamdulillah.  Ada juga rezeki masuk kerana ketika itu gaji bulanan saya di syarikat swasta sangat rendah walau saya ada diploma.

Pernah suatu ketika, tiada daya dan upaya untuk meneruskan kehidupan tiba tiba Allah mempertemukan dengan seorang rakan lama yang sudi membantu malang yang menimpa ketika itu. Alhamdulillah.

Dan di suatu ketika juga, pernah sewaktu jam 12.00 tengah malam kereta ku  tiba tiba berasap di Chow Kitt di laluan yang sangat sibuk dengan kenderaan malam. Kereta yang lalu di sebelah ku siap buka tingkap suruh berhenti kerana enjin kereta ku sudah berasap. Daku hanya bertawakkal kepada Allah swt. 

Takutnya daku kerana kawasan itu sangat hampir dengan Lorong Haji Taib yang kaya dengan cerita silam yang malang.  Segala macam cerita hitam mula mencucuk jantung hatiku yang mula gentar dengan cerita kelam.  Tidak ku duga rupanya seseorang sedang memerhatiku dari kejauhan nun di seberang jalan.  Tatkala melihat ku turun dan keluar dari kereta melihat meninjau ninjau kereta yang berasap sendirian, lelaki itu datang menghampiri menawarkan pertolongan. Masya allah.   Hanya Allah swt yang membalas budi baik beliau semoga rezeki dan rahmat berlipat kali ganda untuk beliau.

Bersama Allah tidak ada masalah yang tidak mungkin diselesaikanNya. Allah sudah menjanjikan  dalam surat At Thalaq ayat 2-3 :
“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At Thalaq 2-3)
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,                           (Al Hadit 22-23)

Dan ingatlah Allah selalu dalam nyanyian dan zikir malam mu. Laa Tahzan.  Mintalah pertolongan Allah selalu. 




1 comment:

iryanty ahamad said...

Terima kasih atas ingatan ni...bersederhana lebih baik dari riak ...nauzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...