Sunday, July 12, 2015

Solat Berkerusi


Assalamualaikum

Sebelum Ramadhan
Daku berdoa agar diberi kekuatan , kesihatan untuk menjalani ibadah puasa dan solat-solat sunat dengan jayanya.

Alhamdulillah
Minggu pertama boleh solat seperti biasa
Minggu ke dua sakit sangat kaki, lutut sehingga memaksaku solat tarawikh berkerusi

(pinjam gambar dari google)

Masuk minggu ke tiga ALHAMDULILLAH
Kurniaan nikmat Illahi , daku kembali sihat boleh solat sujud di sejadah penuh nikmat seperti hari hari biasa. 




Semoga Syawal yang mendatang menambah barokah di pagi raya. 

Terima Kasih Allah atas segala nikmat kurniaan MU.  
Nikmat denyut nafas nadi ini
Tanah, Air, Api, Angin dalam diri ini
Yang lemah Yang pelupa.
Daku hina disisi MU Ya Rabb.
Terimalah amal serta doa doa ku.




Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...