Sunday, July 19, 2015

Ikut Mama Ke mana Pergi

Assalamualaikum

Ni Snowy.  Si kenit di rumah Mama. 

 Ke mana mama pergi dia ikut. Mama ke dapur dia berlari ikut ke dapur.  Bila mama ke depan ruang tamu, dia pun sibuk mai gigit kaki dan tangan mama ajak main. Bila mama masuk bilik tidur, dia pun ikut sama masuk bilik tidur. Suka golek2 atas karpet ngan sejadah.  Tapi bila mama pasang vacuum nak vacuum bilik tidur memecut dia lari keluar takut dengan bunyi vacuun. Hihihi. Dia nyorok entah di mana. Jenuh mama panggil panggil dia risau kut dia lari keluar dan tak tahu jalan balik . Mama yang worry nanti. Ihikkss..


Snowy ni baru sebulan mama kutip dia di jalanan berhampiran sekolah kebangsaan. Ibu dia dah takmo dia lagi, taknak nyusukan dia lagi.  Tu yg dia manja duk mai isap2 gigit jari kaki bagai. Cari susu colah jari mana nak ado. ihikks.

Kalu mama mandi pun sanggup dia tunggu luar pintu.  Mama masuk tandas pun dia tunggu luar tepi pintu tandas. hihihi.... Macam macamlah ragam dia ni. Suka ngendap kaki mama sebalik pintu.  Suka ngendap kaki mama bawah kerusi.  Tangan kecilnya suka mencuit kaki mama sana sini.  Adakala Mulut bising mengiaw nak pee nak poo nak mamam.... Terapi hati mama ya Snowy. Kita berkongsi kasih dan rejeki. Amin.


Teringat Kucing Rasulullah s.a.w. bernama Muezza.


Sekian.

1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cumilnyaa. Pandai plak tu posing2 manja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...