Saturday, July 11, 2015

Berbuka Puasa di Masjid.

Assalamualaikum

Lama rasanya takdapat update entri entri baru. Bizikah?  
Biasa biasa sahaja.
 Biasa bagi mereka yang biasa berbuka di masjid masjid.  
Ada orang malu nak berbuka di masjid.
Apa hendak di malukan.
Kata mereka "Macam takdak rumah jer.
Gelandangan..
Nak makan free.."

Sedihnya pemikiran  yang sempit begini.
Saya berpuluh tahun sudah berbuka di masjid.
Setiap hari atau selang sehari selepas habis waktu pejabat
akan menghadiri kuliah Asar di Masjid masjid
Akan berjemaah maghrib membawa bersama anak anak ke masjid
Itu di luar Ramadhan

Jadi
Apabila Ramadhan muncul
Seperti biasa saya angkut anak anak saya berbuka di masjid
Solat berjemaah di masjid
Seawal usia mereka 3 tahun lagi..
Bertarawikh di Masjid
Qiamullail di masjid

Biasa biasa sahaja
Kerana masjid adalah rumah ke dua saya.

Saya mengharap barokah dan rahmat Illahi dari
Masjid ke Masjid
Dalam membesar dan membimbing anak anak saya
Saya berdoa Allah bantu saya bimbing anak anak saya dewasa
dan dekat hati mereka dengan masjid.

Insya allah Berdoalah. Dan istiqamahlah dalam doa doa mu.

Di Masjid Muqarrabin BTS saya berbuka dengan Tamar dan sepotong dua buah tembikai. Kemudian kami segera solat maghrib berjemaah.  Hidangan nasi hanya selepas solat maghrib berjemaah.

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Di Masjid An Najhin kami berbuka dengan pilihan masing masing. Samada 
hidangan nasi atau kueh mueh. Saya pilih tamar dan air mineral sebelum bergegas berjemaah maghrib.

“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”


Sekian Wassallam.

1 comment:

iryanty ahamad said...

Selamat berbuka :-))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...