Saturday, June 13, 2015

Ziarah Yang Sakit

Assalamualaikum

Salam sahabah,

Dalam diam tak diam minggu lepas sempat ku ziarahi saudara mara dan seorang jiran yang dimasukkan ke wad.  Sebenarnya bukanlah niat di hatiku untuk menceritakan kisah rajinnya daku menziarahi orang yang sakit di wad.  Tetapi, kerana akhir akhir ini daku seperti dipanggil panggil untuk selalu ke hospital. (Mungkin tanda tanda penuaan sudah menjelma....hehehe)   Khamis lalu daku menjalani fisioterapi kerana masalah tulang kaki.  Itu hari orang  dimasukkan ke wad, suatu hari, hari kita siapa tahu.?

Pakcik ku di HUKM kerana operasi diabetis di kakinya.  Takutnya daku diabetik ini.  Empat lima tahun lalu doktor selalu mengingatkan daku supaya jaga pemakanan kerana boleh mendapat penyakit itu. Result selalu 'border'. huhuhu... Rajin rajin lah beriadah kata Tuan Doktor.  yang ku umampu hanya berdoa dan berdoa agar diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala suruhan dan amalaNYA.




Manakala jiranku pula kerana kemalangan sehingga kaki kanannya patah dan memerlukan operasi.  Tak ku duga hari Khamis yang lalu juga semasa memandu ke tempat kerja, di satu selekoh jalanraya tidak jauh dari rumah daku terlihat seorang lelaki sudah terbaring di pinggir jalanraya.  Jam 7.30 pagi. Orang awam sudah berkerumun agak ramai di kala itu.  Daku sekadar mendoakan saudara yang terbaring itu agar diselamatkan dan dalam lindungan illahi.  Takutnya daku.  Malam itu baru ku tahu, jiran ku yang kemalangan itu. Kasihan sungguh.  



Ya Allah

Doa menziarahi orang sakit



Lagi seorang jiran ku satu blok sempat ku ziarahi minggu lalu juga.  Ku sekadar mampu berdoa agar mereka bertiga diberi kesembuhan, ketabahan dan digantikan dengan nikmat rezeki, kesihatan dan dalam rahhmat serta redha Illahi. Amin.


2 comments:

iryanty ahamad said...

amin...semoga mereka cepat sembuh..insyallah

Raihanah Ahmad said...

semoga cepat sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...