Monday, June 15, 2015

Ya Allah, Selamatkanlah Kami

Assalamualaikum

Ya Allah, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami semasa berada di Mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arash Engkau.  Ya Allah perkenankanlah permohonan kami.  Aamin.

Setiap hari lima kali malah boleh dikatakan lebih dari lima kali kita berdoa mohon keselamatan, perlindungan dan rahmat Illahi.

1.  Setiap kali selepas solat subuh kita berdoa untuk rahmat dan redha Illahi.  Doa untuk kedua ibubapa kita, doa untuk diri kita , keluarga dan anak beranak kita , doa untuk jiran2 kita untuk sahabat sahabat kita.

2.  Setiap kali sebelum mandi, ketika mandi, sebelum masuk tandas kita berdoa semoga dalam lindungan Illahi dan dijauhi dari iblis laknatullah.

3.  Setiap kali sebelum memasak di dapur, memotong bawang, kentang , membasuh beras bihun bagai kita berdoa untuk rezeki yang baik baik.  Rezeki yang menumbuhkan daging dalam tubuh kita.

4.  Setiap kali kita hendak minum menggunakan tangan kanan kita berdoa agar minuman itu bersih halal dan menghilangkan haus kita.  Bukan minum seperti lautan masin yang tidak pernah puas.

5.  Setiap kali mengadap makanan kita berdoa untuk rezeki yang halalan toiyibban.  Rezeki samada di kantor pejabat, berniaga di butik atau jualan kueh di jalanan.  Sebagai tuan doktor, hakim atau peguam, mufti, ustaz, guru dan ustazah.  Semoga rejeki itu mengalir dalam darah, dalam aliran air minuman, oksigen udara yang dihirup semoga segalanya menjadikan diri kita sebagai insan muslim yang solleh dan sollehah.

6.   Semoga rezeki yang kita makan minum saban hari dapat menjauhi kita dari sikap iri dengki, riak dan sombong.   Kekayaan hanya sementara ibarat daki dunia yang bertepek di wajah wajah kita.  Perhiasan, emas , intan, wang ringgit gunakanlah sekadar keperluan hidup.  Bukan untuk menunjuk nunjuk dan membelasah sang miskin.

7.  Kelebihan harta yang kita miliki bukanlah untuk anak isteri kita 'berlagak' hebat tidak bertempat .  Mobil mewah, belibelah  di London , Paris, bag  jenama mahal sedang jiran sebelah rumah, jiran sekampung dalam kedaifan dan sangat memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup.

8.  Semoga rezeki yang kita miliki menjadikan kita seorang muslimin yang murah hati, senang bersedekah , membantu sahabat, jiran , teman malah sesiapa shj  yang di dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan.  

Hidup ini adalah sebahagian dari perjalanan titian sirat. Titian Jalan Jalan untuk orang orang yang benar berjuang di jalan Allah.  Melaksanakan suruhan dan menjaudi laranganNYA.

Sedekah, jariah, zakat, puasa, haji, bersikap syukur, redha, sabar atas ujian yang Allah beri.  Mungkin ada sahabat kita, jiran kita, teman kita yang tidak senang dengan pencapaian kita.  

Bila kita diam dituduh penakut, bila kita tunjuk keberadaan dituduh berlagak dsb.  Bila kita bersuara dia bermasam muka kerana merasa dirinya lebih baik dan sempurna.  Kerana merasa cara hidupnya, cara percakapannya, cara pergaulannya yang lebih betul dan baik.  Sila jaga MULUT, dosa dosa mulut supaya dapat menyelamatkan kita dari dihumban ke dalam kerak neraka.

Sedikit petikan dari bacaan buku agama...

Akibat daripada jahat mulut
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,


“Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”.



Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW,

“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”
Hadith ini meriwayatkan perbualan seorang sahabat dengan Rasulullah dalam mana sahabat itu tertanya kepada Rasulullah tentang seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu amat kuat beribadah kerana pada siang harinya dia berpuasa manakala di malam hari dia bangun bertahajjud.


Perempuan itu sudah boleh dikatakan ahli ‘abid kerana seseorang yang mampu berpuasa siang hari dan bangun bertahjud malam hari dia sudah boleh dikatakan ‘abid. Cuma dia belum tentu orang bertaqwa atau orang soleh boleh kita panggil ‘abid atau ahli ibadah saja. Dan perempuan yang diceritakan oleh sahabat itu kepada Rasulullah adalah seorang ‘abidah, kerana dia kuat berpuasa dan tahajjud malam. Tentulah selepas dia bertahajjjud dia juga membaca Al-Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Di sini kita dapati sahabat tadi menceritakan perihal perempuan itu kepada Rasulullah supaya Baginda dapat menilai bagaimana kedudukan wanita ini iaitu sama ada dia boleh dianggap orang yang soleh atau tholeh, sama ada dia boleh dianggap orang yang berbakti atau tidak berbakti dan sama ada dia boleh dianggap orang yang baik atau tidak. Sebab itu sahabat itu menceritakan tentang kuatnya dia berpuasa dan bertahajjud cuma dia ada sedikit kecacatannya iaitu akhlaknya rosak. Itu pun bukan semua bentuk akhlaknya yang cacat.
Di antara akhlak-akhlak jahat yang banyak, dia hanya jahat dalam satu perkara sahaja iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya. Mungkin dia selalu mengumpat jirannya atau dia berkasar dengan jirannya atau boleh jadi dia selalu membahasakan jirannya dengan lidahnya. Dalam hal inilah sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana kedudukan wanita itu. Dan ketika itu Rasulullah menjawab mengatakan bahawa, tidak ada lagi kebaikan pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi penghuni neraka.

Ya Allah, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami semasa berada di Mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arash Engkau.  Ya Allah perkenankanlah permohonan kami. Semoga Doa doa harian yang kita lafazkan menjadi bekalan sepanjang titian sirat di dunia ini lagi.   Aamin.


Dari catatan azwa kamar (FB) and insta










3 comments:

anyss said...

assalamualaikum,
kita memmang tak sempurna, namun...pelan2 kita berusaha mencari kesempurnaan dan meningkatkan nilai diri. moga2 usaha kita diberkati

tiga lalat said...

salam. hee semoga dipermudahkan., amin ya robbal alaminn

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...