Monday, June 22, 2015

Shopping 2015

Assalamualaikum

Entri ringkas.  Shopping untuk anak-anak bujang dara yang sudah dewasa. Mama bagi yang semampu nya sahaja.  Tahun ini tak adalah ya empat lima ratus seorang.   Setakat seratus dua boleh kut.  GST, cookies raya semua up up and up.  Duit BRIM dah habis gunapakai tempoh hari. 

Mana tahu kalu esok esok  gedebuk duit jatuh dari langit, menang sijil simpanan rpemium kah... boleh jadi orang kaya.  Mimpi dan redho sahaja lah.

Saham KUB, saham Damansara Realty dolu dolu saham Felda apekaborkomer? Ku pejam mata, mereput nampak gayanyer demer nih.  Anggaplah semua itu tiada. Hanya daki duniya.

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=3484

DAMANSARA REALTY BHD (3484) Chart


  saham Felda apekaborkomer?

Saham FGV

FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD (5222) Chart

Komer study dan research lah sendiri ya. Saya surrender dah. 

Jangan haraplah duit untung saham boleh buat shopping raya. Mimpi ajerlah kamoo.

Dulu dulu memang santapan mata setiap pagi hingga ke petang buat factsheet laporan setiap saham saham milik syarikat yang dibeli majikan. 25 tahun saya dalam bidang HR campur jabatan Akaun dan jabatan korporat Research Investment.

Now...now... Allah swt memberi ku rezeki di laluan ini. Selepas Haji 2011, daku lebih tenang mendidik anak anak syurga mengenal huruf Alif, Ba, Ta, Doa doa harian, Surah demi surah.  Mendidik anak anak syurga praktikal solat subuh, dhuha dll.  Harapan ku kini, mengharap senyumanku kini  bersama anak anak syurga dapat ku bawa sehingga ke liang kubur.  Duhai hati, Istiqamah lah kamu dalam amal solelh mu.  Amin.

Shopping raya 2015 yang gempak hot bagai, kita tengoklah macam mana nanti. Komer shoppinglah dulu ya.  Peace.



2 comments:

Cho Zila said...

sayapun tidaklah lagi shopping rayani... entahlah nak kata takder mood idak juga.. tapi tidak ada perasaan nak beraya lagi kot...
oooo dulu kerja di research department... saya kerja ngan investment bank... teringin juga bertukar kerjaya... maalumler dah terlalu lama di sini.. moga dipermudahkan jalan olehNya...

ummi aqilah (LM) said...

LM pun x abis shopping lg. raya thn ni mcm byk yg kena dikurangkan sbb dh terlebih belanja ke arah lain sblm raya.. Nk harap saham apa pun takda. Makanya.. Jomat dan bersederhana tu lah jln terbaik utk kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...