Saturday, May 9, 2015

Ujian Kehidupan


Hidup adalah
Suka Duka
Tawa Ria
Sakit Ngilu

Bukanlah suatu kehidupan tanpa
Calar pedih
Dihina dicaci
Dipuji dikeji
Dijunjung disanjung
Dibuang terbuang

Kehidupan adalah iman dan taqwa
Satu jalan ke syurga satu lencongan ke neraka

Bukanlah suatu kehidupan
Andai kamu hanya
Tahu suka, kaya, bahagia, berkuasa
Tanpa sebarang uji

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...