Monday, May 4, 2015

PUISI KAH ITU



Assalam Dunia


Sudah lama aku termangu di sini
Pergi jauh menghindar diri
Kerana aku malu 
Untuk  meminta minta  sesuap dua nasi
Hati dan kotak fikir ku kacau berhantu
Dengan pelbagai tangis dan hilai
Segala yang ditakuti  
Tidak siapa mahu tahu.

Lalu aku bertapa di sini
Untuk aku dan untuk mereka
Membutir tasbih
Di sejadah pilu
Satu per satu
Istigfar Selagi mampu.
Rezeki pasti datang bertamu.

1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sungguh indah puisi itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...