Friday, May 8, 2015

Cerita Bapa Ku



Dulu dulu bapaku ke sekolah membawa 10 sen
katanya " 1 sen boleh beli bihun sebungkus, 
Nasi lemak sebungkus, 
Air sirap sebungkus 
Dan sebungkus sebungkus 
Semuanya dengan 10 sen
Itu zaman di kala
Duit syiling sekeping sekeping bentuk empat persegi
Waaaaahh...kata ku kenyangnya
Bolehlah belanja mewah bapaku anak seorang Guru Besar 
Itu cerita bapaku


Aku juga membawa 10 sen dan 10 sen
10 sen untuk sebatang keropok lekor dan 10 sen lagi untuk sirap segelas
Ini cerita daku

Zaman anak anakku
4 rial... dua rial untuk sekolah kebangsaan
dan lagi dua rial untuk sekolah agama
Setiap hari daku tetap sediakan bekalan makanan 
Untuk mereka bawa ke sekolah



Zaman ini anak ku di kolej RM5 tak cukup untuk bekfast
RM10 cukup cukup untuk makan tengahari
Makanan kantin kian mahal
Makan malam sabarlah dengan berlapar

Syiling



Walau kita semakin kaya
Kaya dengan teknologi terkini
Sebenarnya kita semakin kaya
Kaya dengan hutang
Yang sarat

 Cerita bapaku
Cerita ku
 Cerita kamoo?




Peace No War.

1 comment:

iryanty ahamad said...

rm 50 bawa pi pasar mlam dah tak semewah dulu...

eheh sapa pulak baju merah nie :-))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...