Sunday, May 10, 2015

Arwah Ibu Datang Yaaaa......?


Assalamualaikum

Cemburu daku melihat skrin lap top, wasap, FB bagai.  Semua orang ucap Selamat Hari Ibu.  Satu persatu daku baca, kenang, fikir, rindu bersulam pilu.  Daku sudah lama tidak beribu. Apa lagi arwah ayah yg pergi 30 tahun lalu.

Daku bukan lah seorang anak yang solleh. Bukanlah seorang anak yang baik sangat mana pun.  Tapi setiap bulan masa gaji ku RM150 shj, daku peruntukkan RM50 untuk ibu di kampung.  Walau ibu ada pencen arwah abah.

Daku tak pandai nak bicara , bersembang lama-lama melayan ibu. Kerenah ibu. Tapi daku suka melayan ibu dengan cara memotong kuku kuku jari kaki ibu yang sudah berkerikut dan lebam kehitaman.  Daku suka potong kuku jari jari di tangan ibu yang berkedut seribu.

Daku juga suka main main SPA dan saloon rambut dengan ibu dan anak-anakku.  Daku lapik sehelai kain batik di bahu ibu. Daku bubuh air di rambut ibu. Pancut. Pancut air dari botol mineral ke kepala ibu.  Lepas itu daku bubuh shampoo rambut kepala ibu.. Daku garu-garu kepala ibu.  Daku picit picit kepala ibu bersama shampoo yang membuih.  Sambil ibu duduk-duduk nonton TV, sambil ibu gelak gelak kecil.  Daku buat pelbagai bentu rambut ibu dengan buih buih shampoo di rambut kepala ibu.  Daku buat bentuk kepala ultraman, dinasor, daku tegakkan rambut ibu yg ciput itu tinggi-tinggi.  Anak anakku yang masih kecil tertawa tawa  melihat gelagat ku bermain dengan shamppo kepala ibu.  Hehe.... Siapa nak join mama. Jom. Main buih shamppo di kepala Opah.

Berebut-rebut kedua anak anakku mengambil alih tugas memicit dan menggomol rambut Opah mereka.  Semakin tertawa anak anakku semakin kuat ibuku tertawa bersama-sama.  

Itulah secebis Kenangan berbelas tahun lalu bersama arwah ibu.  Bagi yang masih ada ibu rajin rajin lah melayan ibu waktu makan.  Perhatikanlah ketaran tangan tua ibu ketika menyenduk kuah ke dalam pinggan.  Sendukkanlah kuah itu ke dalam pinggan ibu.

Perhatikanlah ketaran tangan tua ibu menyuap nasi ke mulut.  Suapkanlah makanan lembut itu ke mulut ibu agar ibu dapat makan dengan kenyang dan tidak tertumpah sana sini.

Perhatikanlah langkah kaki tua ibu, satu satu perlahan lahan berjalan dari bilik tidur ke tandas. Pimpinlah ibu.  Belikanlah ibu tongkat, kerusi roda dan yg sewaktu dengannya untuk keperluan ibu.

Sewaktu ibu masih ada, baring baringlah manja manja di sebelah ibu. Picit picit dan urut urutlah kaki tua ibu.  

Minggu terakhir pemergiannya, wajah ibu...., ku lihat sangat sangat sangaaaattttt comel.  Sewaktu memandikan jenazah ibu, kami 5 beradik perempuan yang memandikan jenazah ibu perasan yang wajah ibu sangat sangat sangaaattttttttttt comel .  Putih gebu, mulus seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.  Ibu seakan akan tersenyum sewaktu kami menggosok belakang tubuh ibu. Subhanallah.  Alhamdulillah. Allahu akbar.

Daku cemburu orang masih ada ibu. Cemburukah?  Boleh ziarah ke rumah ibu bertemu ibu selalu. Setiap minggu.  Setiap bulan. Setiap hari.  Tapi daku?. Sebaliknya harum kasturi minyak wangi yang dipakaikan dikain kafan ibu itu sesekali datang menziarah ku.  Sesekali harum kasturi menyelinap menyusuk lubang hidung ku.  Bertahun sekali sekala ibu bertamu dalam mimpi mimpi rinduku. Rindu serindu rindunya.  Al Fatihah.

Untunglah, kalian masih ada ibu.  SELAMAT HARI IBU.













3 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Ainihalim said...

Assalamualaikum,
Kata-kata sis amatlah sedih.. Aini x dpt bayangkan bila mama Aini xde di sisi Aini.. Alhamdulillah dlm usia 60lbh mama Aini msh kuat.. Akanku sentiasa jaga mama Aini.. Take care sis.. Al-Fatihah utk ibu sis.. semoga rohnya ditempatkan dgn org2 yang beriman.. Selamat Hari Ibu buat sis

mamawana said...

Wsalam Ainihalim...

Syukran sudi singgah blog kerdil ini. aRWah bonda ku pergi pada usia 81 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...