Saturday, April 11, 2015

Lauk Rakyat Marhaen


Assalamualaikum

Tajuk. Eh ya ker tu?  Sejak GST saya tak berani dah rasanya masuk Giant, TESCO sekali pun.  Speedmart99 ada harapan lagi.  HERO nengok survey sana sini mana yg mampu rembat.  Ya lah gaji dema naik mencanak ribu riban.  Rakyat marhaen ni  gaji minimal RM1200 pun tak sampai.  Jauh beza.  Hidup rakyat ngan Menteri agai bumi ngan langit jurang kemewahan yg dikecapi mereka. 

Biorler.  Lauk sayur rebus bendi buh lada hitam campur kentang sikit, cencaru bakar sumbat nenas ni pun rasanya lagi sedap daripada makan kat hotel. (Nak up diri sendiri ler tu.....hiiii)

Saya blend cili merah, cili padi sikit ngan bawang.  Saya guna perahan limau. Gula, di perap cencaru 20 minit sebab sibuk memerah kain kat bilik sebelah.  Panggang dalam Pemanggang Ajaib Happy Call.  dah masak.  Air asamnya saya guna cili api, cili merah skit, gula, bawang putih, sedikit perasa dan hirisan bawang merah . Perah sekali gus blend dgn jus lemon.  Saya rajin sangat tadi, lepas blend bahan2 air asam saya gi panaskan atas api hingga menggeleggak dan pekat2 sikit.  Pedas2 masam2 manis utk dicicah dgn cencaru yg siap manis bernenas tu.  Pelik pulak resipi ku ini. Lauk rakyat marhaen gamoknyer.   Hentam ajer laaa...... hihihi....



Ada Sang Menteri syorkan  student UITM elok masak sendiri utk berjimat.  Teringat ler anok bujang daku kat UITM, MELAKA.  Duk kolej adaker dema dibenarkan memasok?  Boleh ker bawok periuk belanga masuk kolej tu?.  Tang celah mana nak masak?  Dalam bilik tidor sempit yg berkongsi empat orang tu ker?  

Boleh ler emak bapok hantor rice cooker utk anok masing2.  Takyah guna dapur gas.  Rice cooker tu boleh guna masok nasi, buat tomyam, sup ayam.  Kalu ada pemanggang letrik pun boleh bawak masuk kolej UITM kut?  Kongsi2 beli bahan mentah sorg sikit, masak ikut giliran, berjadual. Saper rajin ler.  Hhhmmm..... bagus juga cadangan Menteri ni bila direalisasikan. Tapi pihak UITM kena izinkan student masak ler.  Jangan caj extra utk letrik dan piuk belanga pulak.  Hihihi.......

Sekian, repekan ku ketika ini.


2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

hahaha...
kalau takut pihak Uni caj bil letrik... suruh bebudak tu carik kayu api masuk hostel...

mamawana said...

Miss Mirror

Hehehe... macem macem ler idea kapla Menteri sorg nih. Kelakau kaw kaw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...