Sunday, April 26, 2015

Kisah Qitun Lagi

Assalamualaikum

Tidak ku tahu isi entri kali ini.  Fikiran penuh dengan aktiviti minda yang membuak buak. Hmmm. Tak boleh kongsi semua.  Andai ku kongsi segala  cerita gerak kaki saban hari, andai ku cerita segala gerak tangan dan lengan memutar stering aduuh... capek banget.

Cuma nak kongsi.  Suatu hari di minggu lepas,  tengah memandu hampir trafik light...tetiba ternampak anak kucing dilanggar lari. Terketik ketik menggelupur tengah jalan.  Saya slow down. Berhenti depan anak kucing comel itu. Pastinya comel warna kelabu cicak.  Ku suruh anak bujang ku turun dari kereta  memungut anak kucing itu utk diletak di bawah redup pokok tepian jalan. Sebab ngelupurnya suatu simpati dan pasti sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kereta belakang, van belakang hon hon bising daku berhenti di tengah2 jalan. huhuhu... biaq pi laa...daku tak sanggup anak kucing malang itu dilanggar dilenyek sehingga seperti roti canai.  Maafkan mama kerana tidak dapat , terlewat menyelamatkan mu sayang. huhuhu...

Esoknya pulak , daku didatangi dua ekor anak kucing jalanan warna sama kelabu cicak. Cuma saiznya lebih besar sedikit drpd yg kena langgar semalam kelmarin.  So, dengan penuh kasih sayang ku bawa pulang ke rumah dan dipelihara semampu daku.  Bukan istana, tiada karpet tebal cukuplah berlapik kotak dan towel guud morning dalam sangkar malam mu. Ku beri makan ikan rebus setiap hari.  Ku mandikan dengan shampoo air suamsuam panas. Ku bawa ke klinik vet di Dwi Tasik, Bdr Sri Permaisuri untuk check up kesihatan mereka. Untuk Jenni dan Jendo. Dapat lah ubat cirit, ubat cacing dan ubat sakit mata @ RM28 shj.  Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki.

Sekian.  Terima kasih.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...