Sunday, March 29, 2015

Tugas Wanita Sollehah

Assalamualaikum

 Ali RA pernah bertanya kepada Fathimah R.A, puteri Rasulullah SAW .." Wahai Fathimah apakah yang baik bagi seorang wanita?" 

 Fathimah RAnha menjawab," Hendaknya dia tidak melihat lelaki yang ajnabi dan lelaki ajnabi tidak melihatnya."   

 Ada yang mengatakan bahawa " wanita yang bekerja boleh menghilangkan rasa bosan yang berpanjangan kerana di rumah dia terus-menerus terkongkong di dalam rumah."

 Katakan kepada mereka bahawa tugas wanita adalah di rumah suaminya, menjaga hartanya, mengatur urusan rumahtangga, menyedari tujuan kedudukannya sebagai isteri dan ibu rumahtangga dan tugasnya menjadikan rumahnya sebagai syurga. Itu sudah cukup untuk membunuh kekosongan hati.

Sayangnya di zaman moden akhir zaman ini, ramai lelaki yang tidak berharta. Lantas isteri harus bekerja untuk bersama mencari harta, mencari nafkah untuk mencukupi keperluan rumahtangga.  Lalu, isteri tidak lagi mampu di segi tenaga kerana sudah lelah, letih lalu urusan rumahtangga diserahkan kepada pembantu rumah.  Urusan rumahtangga mungkin diserah kpd ibu ayah yg sudah tua termasuk menjaga anak2 mereka.  Maka, timbullah pelbagai masalah seperti yg sedia ada zaman ini.  Masalah pembantu rumah, masalah perangai pembantu rumah lari itu ini, masalah ibu melahirkan Tuan...akhir zaman.  Masya allah.

Maafkan saya.

Wanita dibolehkan bekerja di luar rumah asalkan ada:

1.    Ada izin dari wali, baik daripada suami ataupun ibubapa. 
2.    Pekerjaan halal bukan pekerjaan yang haram atau syubhat.  
3.    Tidak ada ikhtilat ' atau percampuran bebas antara lelaki dan wanita. 
4.    Tidak bertabarrujj, tidak menampakkan perhiasan. 
5.    Tidak memakai pakaian yang ketat atau melanggar aturan berpakaian bagi        wanita Islam.  
6.   Ada hijab antara lelaki dan wanita.  
7.  Jenis pekerjaannya pun tidak boleh melanggar kewajipan-kewajipannya      yang lain seperti kewajipan terhadap suami, anak-anak dan urusan           rumahtangganya.  

Maafkan saya.  Saya juga wanita bekerjaya suatu ketika dahulu.  Mencari sesuap nasi untuk sebuah rumahtangga yang baru dibina.  Wang gajian saya 20 tahun lalu saya gunakan untuk membayar sewa rumah, upah pengasuh jaga anak2, belanja makan minum harian dll.  Disamping kemampuan untuk menghulur seikhlas dan semampu yg ada kpd ibubapaku.  Saya bukan anak yang solleh, juga bukan isteri yg sollehah tidak juga seorang hafizah.  Itu sejarah perjalanan sebuah cerita.  Cerita kerdil hidup saya. 

Namun masih mampu tersenyum.  Indahkan.  Suka duka, kita simpan diam diam, semat dalam dalam di suatu sudut hati.  Saban hari berbicara dengan Dia Yang Maha Esa kerana Dia Maha Tahu.  Jodoh, pertemuan, rezeki, ajal maut didalam pengetahuanNya. Kita hanya sabar, redha dan sentiasa bersyukur. Indahkan.


























3 comments:

iryanty ahamad said...

semoga kita menjadi ister solehah..amin

wahida said...

seronok bekerja tapi kena pandai jaga diri...mudah2an kita boleh menggapai impian menjadi isteri solehah...amin...

sherlina halim said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

New Promo ( khusus produk 998bet )
- Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
- Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

Promo Terbaru :
- Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
- Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
- Togel Online ( Klik4D )
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...