Tuesday, March 17, 2015

GST

Assalam,

Wa tak mau cakap lebeh. Ehem.... Apa itu GST.?  Tak payah lah nak jadi wikipedia kat sini. Tak payah nak sebut explain google translate lak pasal GST bagai ni.

Kelmarin, minggu minggu lalu sudah menghadiri pasal taklimat GST bersama Persatuan Penduduk Blok sini. Di bawah seliaan Parlimen Bandar Tun Razak. Heeee.... fanasss you.

Yang aku faham. Kesimpulan GST bagiku.... Cubalah tanam sayur sayuran sendiri di belakang rumah.  Kalu di flat flat cubalah tanam sayur mayur dalam pasu gantung sebab tidak ada space utk berkebun.  Dalam kotak minda ku ini berimaginasi membela anak2 ikan keli dalam akuarium,  pelihara anak ayam seekor dua dalam sangkar hingga besar, cukup umur agak agak sodap untuk di gulai...sabor ajerlah.  Semolih, makanlah sendiri. Kurang skit beban harga ayam yang ditransport dari kampung ke Kay EL.  Hahahaha....daku ketawakan diriku sendiri. Malangnya rakyat. GST oh GST.

Tanamlah daun pandan dlm pasu. Tanamlah cili padi, sawi, tomato, serai, halia, lengkuas dalam pasu gantung. Daripada tanam pokok2 bunga yang tidak boleh dimakan.  Hahaha. Daku ketawakan diriku sendiri lagi.  Malangnya rakyat marhaen.



Daripada bela kucing 5-10 ekor dalam rumah, lebih baik bela ayam dalam sangkar. Dah besar boleh semelih.   Hehehe.. Apa yang daku repekkan ni? Ngarut kan.  Ngarut ker?

Saya sokong GST ni kalu ia memberi menafaat kepada rakyat, memajukan ekonomi negara, menaik taraf hidup rakyat yang miskin.  Asal jangan barang naik semua mahal, ekonomi dipacu maju tapi masyuuuuukkkk ke dalam poket diaorang masing- masing. Kroni kroninyer.  

Rakyat  disuruh berjimat cermat.  Ada yang sampai terpaksa Ikat perut.  Macam saya kut.....Saya bantah.  Kasihannya. Huhuhu....


Dhuha. Doa demi doa.  Istiqamahlah dalam amal solleh mu.






7 comments:

Hana Syed said...

Suka tak suka kita tiada pilihan. Moga ada hikmah disebalik GST. Semoga Allah lapangkan rezeki kita..

iryanty ahamad said...

tersenyum sendiri membaca bait2 catatan mamawana...kita sebagai rakyat terpaksa kur..kalau cakap lebih2 kang masuk penjara pulak..tengoklah nanti masa mengundi..pasti ada yang turun untuk mndapat undi rakyat..masa tu nak kata apa semuanya betul belaka...

mamawana said...

Assalam Hana Syed

Mamawana pun dah tetapkan hati. Cewahhh.. Selepas taklimat GST tempoh hari dh tanam dlm jiwa... jgn makan luar, jgn masuk restaurant Fast Food, Bistro mamak dan yg sewaktu dgnnya. Kerana ada GST sebab tokei kena bayar levi pekerja Bangla, Indon, Filipin bagai tu yg kena GST.
Tapi kalu masuk gerai tepi jln mkn nasi campur takdak GST. hehehe
Masak sendirilah lagi pueh ati. ihiiikks

mamawana said...

Slm sweet sweet Iryanti Ahmad

Mamawana pun semakin rajin kurang makan kat luar. Xgi dah Tesco, Giant bagai
Gi ajer kedai runcit bawah blok atau pasar tani.. mughah skit lah drp pasaraya besor2 tu walau tetap ada GST krn kos transportation bahan mentah kand ari kg ke bandar. Nak wat guaner.
Mana yg mampu buatlah.

Kalu ngidam anak sulong dlm pewot yg nak makan Pizza Hut ker apa ker itu lain cerita. bayor ajerlah GST. Hehehe.. tapi mama xberanak dah. Dah tutup kilang. Anok besor2 kat U. heee

Afidah Azmi said...

Nak kata suka tu tak jugak.
Nak tak suka tu pun tak jugak.
tak tahu la,
Suka @ tak..
1 April tetap dilaksanakan.
Tapi hukum Hudud masih dibicarakan.
hmmm
Dunia akhir zaman kan

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Jom tanam sayur!.
Mari memancing ikan... hehe..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
GST oh GST..
Suka tak suka, nak buat macamana. Terima sahajalah duhai warga marhaen. "Ubah cara hidup" kata seorang menteri. Sedangkan 'kami' entah berapa kali mengubah cara hidup. Cakap banyak nanti disuruh keluar dari Malaysia pula...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...