Sunday, March 8, 2015

Bila Satu Kelas Tertawa

Assalamualaikum


Salam Sayang Semua.

Izinkan saya tersenyum dahulu.  Sejak mula berada di Tadika ini, saya perasan ada seorang pelajar lelaki yang sangat pemalu.  Kenapa saya berkata begitu?  Ini adalah kerana setiap pagi sampai sahaja di muka pintu sekolah ini, saya akan memberi salam berulang ulang kepada semua pelajar yang sampai terdahulu dari saya. Of course lah kan mereka sampai dahulu dari saya. Hihihi.  Pagi masih awal. Kelas belum bermula. Saya suka memberi salam kepada anak-anak comel ini sambil menghulur salam, menyentuh pipi dan mengusap kepala mereka.  Saya memberi salam kepada seorang demi seorang dan cuba melihat samada mereka faham, tahu atau sebaliknya untuk menjawap salam saya. Ada yang response ada yang malu malu.  Secara tidak langsung saya dapat merasa hangat haba pipi atau dahi mereka samada ada yang demam atau sebaliknya. Yang tangan hangat atau yang tangan sejuk ketika bersalam. Sihat atau sebaliknya tanpa mengira usia mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang pelajar lelaki (berusia 4 Tahun) yang  tidak mahu menyambut salam saya.  Dia akan menyorok dan menarik kedua dua tangannya ke belakang sambil mengundurkan diri dari saya. Bibirnya akan terkatup rapat seperti digam sambil memandang  muka saya dengan wajah yang blur. Dengan ragu ragu dia menarik dirinya hingga sampai ke belakang dinding menunjukkan keengganannya untuk bersalam.  Saya hanya akan tersenyum kerana saya sudahpun terhibur dengan pelajar lain yang berebut rebut bersalam dengan saya.  Hmmm.... bagusnya perasaan ini.

Suatu hari, saya mengajar Matematik kepada pelajar 4T ini mengikut tajuk dan silibus yang diberi.  Saya mulakan dengan nyanyian 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 berselang seli dengan zikir.


Bagi setiap nombor yang disebut saya akan menunjukkan satu jari, dua jari, tiga jari dsb sambil menunjukkan mimik muka berlainan.  Apabila saya menunjukkan dua jari (utk bilangan 2) saya merapatkan dua jari itu di hadapan kedua mata saya sambil  kedua mata saya melihat ke arah dua jari  tersebut.  Tidak saya sedari mata saya menjadi juling. Mungkin sangat juling sehingga pelajar tertawa terbahak bahak. Bila bertukar ke bilangan 3, tiga jari ini saya tari-tarikan di atas meja. Murid tertawa terbahak bahak lagi sambil mengikut gaya tiga jari mereka menari nari di atas meja. Mereka sangat gembira. 

Semua pelajar  beria ria cuba mengikuti saya sambil menyebutnya bersama sama.  Melainkan seorang pelajar lelaki yang pemalu ini. Saya namakan dia "A".  Hanya A yang tidak mengangkat dan tidak menunjukkan jari mengikut nombor yang saya sebut.  Kedua tangannya diletak di bawah meja.  Wajahnya malu malu sambil mengetap bibir yg terkatup.  Setelah berulangkali menyebut dan mengira nombor itu saya meminta seorang dua pelajar untuk mengulangi dan menunjukkan bilangan nombor nombor mengikut jari. Bila tiba giliran A, dia masih enggan memberi response. hmmm....

Apabila mengira bilangan empat, empat jari saya ini, saya letakkan di pipi saya. Sambil menggayakan seseorang yang sedang berbedak dan perasan cantik dan comel. Sambil menyebut Empat, saya senyum lama lama memandang, merenung ke arah murid murid, memandang mereka yang seperti terpegun melihat gaya saya berbedak. Kemudian saya menyebut "Empat,  Macam comel ajer" "Macam comel ajer" "Macam cantik ajer" Satu kelas tertawa terbahak bahak. Mereka sangat faham dan ceria. Rupa rupanya mereka juga terdedah dan pernah menonton viral "Macam comel ajer, macam cantik  ajer".  Ada yang meniru gaya saya berbedak dan mereka kelihatan tertawa kecil berpanjangan. Tujuan saya berbuat demikian supaya mereka mudah ingat bilangan empat apabila  empat jari digaya di pipi. 

Kemudian, saya mula memuji pelajar pelajar yang membuka mulut, menyebut bilangan dan menunjukkan bilangan nombor dengan jari.  Apabila setiap pelajar berjaya menyebut dan menunjukkan bilangan jari dengan nombor yang betul saya memuji mereka dengan perkataan "wangi" diikuti dengan tepukan bersama rakan rakan lain. Mereka sangat gembira apabila dipuji 'wangi'. Pelajar lain pula yang berjaya menyebut dan menunjukkan bilangan jari yang betul terus saya puji dengan kata kata 'pandai', 'baik', 'bijak' 'bagusnya' diikuti dengan tepukan bersama sehingga bilangan 10. Mereka pelajar lelaki dan perempuan sangat ceria dan gembira bila dipuji.  Mereka faham pujian yang saya beri.

Kemudian saya katakan sesiapa yang tidak menyebut dan tidak mahu menunjukkan bilangan jari mengikut nombor 'nanti jadi busuk'. Satu kelas terus tertawa lagi sambil menutup hidung dengan jari tangan dan menunjukkan rakan sebelah konon busuk. They keep on giggling.  OMG the whole class was giggling during the Math subject. 

Akhirnya apabila sampai giliran 'A' dan dia dikehendakki menunjukkan jari mengikut bilangan yang saya sebut dengan malu malu sambil duduk di kerusi dia mengangkat jari menunjukkan bilangan dengan suara berbisik yang tidak saya dengari. Namun saya tetap memberi dia pujian kerana usahanya dan kefahamannya yang tidak mahu dilabel busuk. Hehehe, jahatkan saya.  Hari itu saya gembira dan berpuas hati kerana semua pelajar 4T saya berjaya mengira , menyanyi dan menunjukkan dengan bilangan jari dari satu hingga sepuloh. 

Saya sendiri tidak habis habis menahan ketawa dalam perut melihat gelagat pelajar cilik saya yang lucu. Ada pelajar yang tidak henti henti tertawa sehingga tidak dapat menyebut lagi kerana ketawa yang berpanjangan. Terdengar suara mereka "Cikgu ni kelakarlah" hmmmm... Yang rongak yang rompong gigi, yang chubby bila tertawa Masya allah comelnyer. 

Saya juga menjadi nakal kerana meniru seorang pelajar yang apabila disebut bilangan satu terpacul suara kecil tawanya "aa", apabila di sebut dua, dua kali "aa, aa''  dan apabila disebut tiga, tiga kali dia tertawa "aa,aa, aa"  dan seterusnya ke empat tawanya berbunyi "aaa, aaa, aaaa, aaaaa, dan tawa itu bertambah tambah dan berpanjangan. Kerana banyak ketawa sehingga dia tidak boleh menyebut bilangan satu, dua, tiga dan seterusnya. Itu yang hanya terbit bunyi suara aa, aaa, aaa, mengikut bilangan. Sesekali saya mengawal tawa mereka supaya tidak berlebihan. Mereka sangat lucu. Rakan rakan yang lain faham apabila saya menyebut satu diikuti tawa saya dengan bunyi "aaa, bilangan dua saya ketawa dengan bunyi 'aaa,aaa', tiga jadi 'aaa, aaa, aaa' dan seterusnya. Satu kelas jadi gamat dengan tawa. Hihihi.... Saya terlihat seorang anak kecil menari-nari berada dalam diri saya.  Saya kembali menjadi anak anak kecil seusia mereka.  Kelas subjek Matematik hari itu dipenuhi dengan tawa ria yang berpanjangan. 

Dan kini pelajar A sudah mula menjawab salam menyambut salam tangan saya di pagi hari.  Sekiranya saya menyebut dan mengulangi bilangan nombor nombor dengan malu malu terus ditunjuk bilangan jari jari kecilnya di pipi.  Saya terus memberi dia pujian. A senyum malu tersipu sipu.  Comelnyer A.

Semoga saya istiqamah dan berjaya mendidik mereka menjadi insan pintar yang bertaqwa. Amin.




3 comments:

Kakcik Nur said...

Terharu kakcik membaca catatan ini.

Adakalanya kita kena 'menjadi kanak-kanak' untuk menyelami dunia dan isi hati mereka...

SuzieLAWAti said...

sweet nya... kalau lah ada ramai macam cekgu.. semua anak2 suka pergi sekolah... saya pon nak masuk sekolah 4tahun macam ni...

maaf yee... nanti saya betul kan font kat blog.. tq ... ;)

Tihara said...

alhamdulillah,
seronok baca kisah ni
malunya si A..
tapi akak dah berjaya buat dia jadi yakin dan berani ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...