Saturday, February 21, 2015

Roti Daging Cheese


Assalamualaikum

Jalan jalan singgah blog demi blog semalam terbaca satu resipi Roti Daging Bercheese.  Maaflah sebab lebih dari satu blog yg saya lawati jadinya tak tahu asal usul resipi ni di ambil dari blog mana. Juga saya ubah sikit sikit mengikut selera saya jua.  Ikut mana dan , ikut bahan bahan yang sedia ada di rumah ajer.  Ini lah hasilnya.


Bahan bahan

Roti gardenia dilenyek nipis 
(saya guna roti gandum yg saya bakar sendiri lebihan semalam)
Slice Cheese
(saya ganti dgn keju ceddar & parutan mozarella sedia ada dlm freezer saya)
Susu segar
(2-3 sudu besar Susu tepung anlene bancuh sendiri agak2 satu tin susu FN)
Daging kisar
(daging lembu frozen RM5.00 saya blend)
l tin kecil sos prego
l biji tomato segar dipotong dadu
l tin cendawan butang
l biji bwg besar dipotong dadu
2 biji bwg putih hiris nipis
2 biji telur dipukul dgn satu tin susu tadi
Sedikit sos chili
Sedikit mentega utk menumis
(saya ganti dgn sedikit minyak zaitun)
Garam secukup rasa
Oregano secukup rasa.

Cara2

Tumis bwg besar/putih hingga kekuningan
Masukkan daging blended tadi dan reneh seketika
Masukkan sos prego, sos cili
Biar mendidih sekejap
Masukkan cendawan butang yg saya potong 4
masukkan Tomato dadu
Didih hingga masak pekat.  
Tutup api baru saya tabur garam secukup rasa.

Sapu loyang dgn majerin
Roti lenyek rendam dlm telur + susu 
Susun selapis dlm loyang
Lapiskan dgn inti daging, tabur dgn keju 
Ulang hingga 3 lapis roti.
Akhir sekali bahagian atas letak inti daging, taburkan lagi mozarella cheese
Bakar pd suhu 160 darjah  selama 30 minit.
Hasilnya. Komen Juri (anak dara saya)
Sedappp Maaa........

Sekian, terima kasih.





2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Mama..
Wah!. Mesti sedap tu.. serba serbi ada dlm tu.

::EIDA:: said...

terliur dahhh niiiiii!! huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...