Saturday, February 21, 2015

Dalam Kepayahan ada Kesenangan

Assalamualaikum

Waktu remaja, nak share sikit cerita lama. Dulu pernah kerja kilang bergaji RM5 sehari. Bukan main seronok dapat  kerja lah kunun.  Cukup bulan dapat gaji. hihihi. Rm50 pastinyer utk ibu di kampung walau ibu ada pencen. Ada ayah lagi masa tu.  Rm50 utk sewa bilik termasuk api air. Tulah tunai bersih dlm tangan rm50 ajer. huhuhu. Rasa nak menitik air mata.

Dah kerja 3-4 bulan tahulah penat giler . Kilang percetakan.  Waktu kerja dari jam 800 pagi ke 500 ptg.  Nak cari duit lebih kena buat overtime sampai jam 9 mlm. Dpt ler RM150-250 sebulan. Hepi hepi.


Boleh lagi nyimpan duit RM50 sebulan tu. wow..besor masa tu.  Then, dpt kerja opis boleh lah RM500 sebulan. Overtime ada. Wuhuuuuu...loaded. Boleh dpt 200-400 lebih sebulan.  Overtime , dinner kat Hilton Hotel engkau...


 selalu Bos belanja. Walau balik 2.00 pagi sanggup berovertime setiap malam. Masa remaja punya jimat belanja bulanan utk kos diri sendiri RM300 ajer. Lebih duit semua masuk tabung. No makeup, no baju berfesyen-fesyen.  Cukuplah kebaya dan berbaju kurung. 



Balik raya kat kampung boleh bagi bonda RM1000-RM2000 lagi. hohoho... Zaman dulu barang murah. Brg makan murah. Dok bilik takyah beli perabut. Lagi jimat dapat menabung lagi.  Takda kereta. Transport bas mini ajer.


Zaman remaja adalah zaman menyimpan duit. Sebelum kawin pun dah ada simpanan tunai RM10,000.  Berkat doa emak kut.  Bukan kedekut, Bukan berjimat. Memang bukan spesis boros kut. No lepaking, no wayang wayang. No hutang at all.  No berpelesiran.  Habis opis gi kuliah, tiada kuliah gi berjemaah asar, magrib, Isya kat Mesjid Negara. Sampai lah grad diploma.  Bas mini itulah yang aku turun naik round sana sini dalam kota Kuala Lumpur ini.

Anak-anak zaman sekarang.  Kasihan nengok anak-anakku. Barang dah mahal. Kos hidup tinggi. Itu ini sangat memerlukan wang yang banyak. huhuhu...Jimat lahh macam mana sekali pun. Emak masak lah setiap hari utk mengenyangkan perut anak-anak supaya tidak berbelanja makan di luar. Jimat punya pasal.


Sampai daku setiap minggu beli stok roti burger utk masak sendiri di rumah. Sampai Anak-anak pun dah pandai masak burger sendiri semasa di sekolah rendah lagi.  Jimat takyah masuk McD dah. KFC ker...sendiri goreng lagi enak.


Anak-anak tergoda lak dengan Pizza Hut. Usaha aku ke sana ke mari gi belajar wat pizza. Sampailah aku boleh buat bisness pizza secara kecil kecilan. Alhamdulillah. Jimat lagi. Boleh jadi side income.   Kalu rajin dan mesti rajin...


Dalam kepayahan ada kesenangan. Yang negatif kita tukar jadi positif.  Tinggalkan yang tidak baik berpindahlah kepada amalan yg lebih baik. Be stronger and better. keep on moving Like a rolling stone and keep on shining.


Apa yang daku ceritakan disini?  Bagus sangat ker? Tak bagus  mana pun. 

Tapi enjoyyyyy sangat bila mengenang masa belajar dulu-dulu.
 Enjoyyyyy sangat melihat foto2 lama dlm album lama. 
Enjoyyyyyy sangat  mengenang memori zaman anak2ku masa kecil dahulu. Enjoyyyyy sangat bila anak-anak ku dah dewasa.
 Walau mereka masih menuntut.  HHhhhmmm. zaman ini tahun ini sangat mencabar dan menduga daku....tidak spt tahun tahun lalu.  huhuhu


DOA MEMOHON KEMUDAHAN

 اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً 

“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa” 

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah" 

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN 

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10) Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

. Adios. Ma assalamah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...