Monday, February 2, 2015

AKU BUKAN UMPAMA BUIH

Assalamualaikum


Awal bicara.  Maafkan saya.  Saya bukan Ustazah.  Walau ramai yg memanggil saya dengan panggilan itu. Terima kasih. Alhamdulillah. 

Saya cikgu biasa-biasa sahaja. Yang mengajar Iqra 1- Iqra 6 dan lain lain matapelajaran akademik.  Saya juga pernah trained fresh graduates dalam bidang investment research, financial management  bla bla bla selama 5 tahun dahulu.

Anak anak saya, memang saya ajar dan didik bacaan Al Quran mereka sejak tadika taska, sekolah rendah dan menengah. Kini harapan saya ketika mereka di U atau di asrama/ kolej pandai pandailah uruskan  masa membaca kitab Cinta Anugerah Illahi itu.  Sekadar mengingati diri saya sendiri jua.

Saya bukan nak cerita pasal ini semua. Tapi saya nak cerita pasal buih buih di lautan.  Apa pulak kena mengena buih buih di lautan pada entri kali ini?

Begini.  Sebenarnya.  di akhir zaman ini bukankah umat Islam dianggap bagai buih buih di lautan. Huuuuuuu........... ramai berjuta tapi sangatlah lemah iman mereka.  Iman saya begitu juga kah? Rasa nak menangis ketakutan pada nasib diri sendiri ini.  Menangis mengenangkan kelemahan umat Islam ditindas serata dunia.  Syria, Palestine, Iraq, Thailand, Burma dan macam macam negara lagilah yang tertindas dalam keadaan dhasyat dan sangat menyedihkan.

Apa kena mengena dengan entri ini?  Bukan. Maksud saya. Saya tak mahu tergolong dalam buih buih itu walaupun diumpamakan bagai buih. Iman saya lemah.  Iman setipis kulit bawang.  

Sudahlah kederat makin menua.  Sejak remaja lagi saya akan membeli satu kitab atau buku agama untuk bacaan.  macam baca novellah gitu.   Setiap minggu mesti ada baca satu Novel.  Yang saya ni pulak setiap minggu mesti beli dan baca satu buku agama.  Bukanlah saya ini baik sangat.  Tapi saya memang tak berminat berpeleseran, melepak sana sini sementelah tinggal di ibukota metropolitan ini.

Semasa di UITM dulu saya memang suka membaca Buku buku agama secara tidak langsung saya sentiasa dapat A dalam subjek berkaitan Pengajian Islam sehinggalah saya di Universiti.  Saya mendapat A dalam Kewangan Islam.  Saya suka sangat apa sahaja yang berkaitan pengajian Islam.  Saya bukan alim.  Saya bukan Ustazah.  Saya rakyat marhaen Islam umat Nabi yang biasa biasa sahaja.

Semasa remaja saya sentiasa berwuduk sebelum beradu.  Apa kena mengena dengan buih buih di lautan pada entri ini? Heheh..... saya melalut merapukah?

Saya nak sentuh pasal bab makanan halal haram di restoran, di hotel hotel di jalanan bagai.  Makanan yang masuk ke dalam perut kita itu yang menjadi sumber darah daging kita membesar, yang lagi menggemukkan lemak lemak kolesterol  kita itu.  Emak saya berpesan kalu makan air tangan bukan Islam kepala jadi degil, hati jadi hitam malas nak solat. hmmmm.....begitukah yang terjadi pada generasi remaja masa kini.  Terlalu didedahkan dengan makanan fast food, makanan luar, Korean Food, Japanese Food dll.  Kurang berbanding diri kita yang sentiasa dan lebih menikmati air tangan masakan ibu sendiri dahulu.  Anak anak remaja ini lebih terpelajar, educated, modern, up todate, Iphone gadget  the latest bagai tapi akhlaknya..... hmmmmmm.  Saya tabik spring, salute habis kepada ibu ibu yang gigih mencari rejeki, pulang dari kerja  setiap hari masih boleh memasak setiap hari juga untuk keluarga. Tanpa bergantung kepada pembantu rumah.  Masya Allah. Hebatnya ibu ibu ini.  Aku sayang kamu duhai ibu ibu semua.

Apa kena mengena dengan tajuk buih buih itu?  Heheh.... jangan termuntah hijo dengan entri perasan bagus ini.  Saya tidaklah bagus mana pun.  Tapi aku adalah aku.  Ada hala tuju ada prinsip walau cobaan rintangan selalu ada di hadapanku.  Cewahh...

Beginilah.  Sedari dulu setiap kali masuk ke restoran mamak atau bukan mamak saya akan perhati telur telur yang diguna untuk buat roti telur bagai.  Kalu tak basuh saya tak jadi order.  Saya akan tinggalkan restoran itu.

Begitu juga di food court mana mana tempat makanan The Mall ker, Pavilion ker saya akan perhatikan tukang jaga cashier, pekerjanya, pelayan dan tukang ceduknya.  Mereka yang berkeadaan tidak tutup aurat lagi bergurau senda hilai tawa sambil bekerja di restoran itu juga akan saya tinggalkan.  Tidak jadi makan.  Naper teruk benor saya jadi gitu?. Sebab, saya hilang minat nak makan kat situ.  Tekak sudah bagi signal jangan makan situ.

Kalu menghadiri seminar konvensyen di hotel hotel 5 bintang  spt  di Man.....rin ri...ental, Hilton dan pelbagai hotel sekitar bandaraya ini ketika dalam bertugas dulu saya memilih memakan ikan dan salad dengan sedikit nasi.  Walau ada bermain di minda siapa tukang masak Chef hotel itu Islamkah dia? Bukan Islamkah dia?  Saya ambil pegangan makanan hotel itu  mendapat pengiktirafan sah oleh JAKIM. ....Kalu saya ragu ragu was was saya minum sedikit dan tinggalkan ruang makan hotel serba mewah itu.  10 tahun lalu, Saya pernah makan steak di Victoria Station , KL dalam keadaan ragu ragu.  Tapi sebab lapar saya makan habis steak yang sedap sangat itu dibelanja oleh seseorang.  Antara Isya dan tidur malam saya terganggu kerana mual akibatnya semua daging itu termuntah beliak habis di tandas.  Saya termenung memikirkan steak itu.  Apakah? Apakah?  Lalu saya melakukan solat sunat taubat.  Eh..ya ker?  Sembahyang pun nak cerita kat orang?  Bukan riak. Tapi satu cara untuk kembali pada jalan yang benar setiap kali kita was was atau ragu ragu dalam melakukan kesalahan.  Saya sekadar berkongsi pengalaman.  Boleh rujuk persoalan halal haram pemakanan kalian di sini klik

Apa yang kita makan, apa yang kita minum.  Pendapatan kita. Halal, haram kita gigih berusaha. Riba tak riba, dividen itu ini.  Masya Allah banyaknya dosa saya termakan riba itu. Riba dalam pinjaman perumahan, jual beli kereta, loan itu loan ini.  Ya Allah. Allah. Allah.  Semoga Allah swt mengampuni dosa dosa ku.  Benarlah daku umpama buih buih di lautan. Lemahnya iman.  Lemahnya umat Islam akhir zaman.

Garam, gula kita. Kopi, Starbucks, Old Town Coffee.  Tepung, laksa, mee, bihun bagai semua di usahakan oleh orang bukan Islam.  Orang Melayu kita usahakan apa ya?. Beras Faiza ajer? Ramly Burger ajer?  Lagi ..?  Lagi..?  Silalah berkongsi pengetahuan teman teman di sini.....Agar dapat sama sama kita menikmati sumber makanan yang halalan thoiyibah.  Insya allah.

Aku umpama, salah satu daripada buih buih di lautan .Aku tak mahu jadi buih buih itu.  Kalu tak mahu jadi buih.... jadilah umat yang kuat, yang tabah. Jaga makan minum, halal haramnya.  Jaga sumber pendapatannya. Lahawlawalaquwata illah billah...  Jaga auratnya, jaga persekitaran, berbuat baik sesama jiran, jauhi dengki dan riak.  Jaga solat mu, bukan fizikal shj yang bersolat tapi hati yang bersolat, tunduk dan patuh pada perintah Tuhan, sadekah jariahmu walau sedikit tapi ikhlas dan istiqamah.  

Senyum ikhlas itu sedekah
Sabar dalam sami'na wa atoqna itu tanda iman   
Airmata kau tadah sahaja di sudut hati.
Biar ia bertakung untuk kau persembahkan
Dalam sujudmu ketika pertemuan dan
Bual bicaramu dengan Tuhan Mu.

Aku Bukan Buih.
Ada aku kesah........ (hahahaha.... Syaitan tertawa tawa)...
Kerana hingga kiamat dia sudah berjanji akan terus merosakkan
Anak anak Adam hingga terjerumus bersama nya ke NERAKA
Nah, itu izin Tuhan.

   


Kecuali...., kecuali orang-orang yang ikhlas dalam amalannya.  Kuat pegangannya dengan tali agama Allah swt.  Masya Allah.  Sakitnya kematian. Takutnya azab sakaratulmaut.  Semoga kita mati dalam keadaan beriman.  Amin. Ya Rabbal alamin.



1 comment:

tiga lalat said...

Salam. Hee selamat bercuti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...