Saturday, January 10, 2015

SuSu UnTa

Assalam



Mama and the Camels.
Umrah dan Haji. Pegalaman Pilu lagi Syahdu

(Source: Google)

Kelebihan Susu Unta Dalam PemakanaN
Susu unta mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu unta untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.   Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.


Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1.8%-3.8%. Selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari.
Susu unta sangat berkhasiat berbanding dengan susu lembu kerana ia rendah lemak dan kolesterol, lebih kaya dengan potassium, zat besi dan mineral seperti sodium dan magnesium. Unta adalah sangat penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab dan susunya adalah komponen makanan penting di Emirat dan negara lain Arab. Semua kajian tersebut menunjukkan bahwa kandungan lemak per unit susu unta ialah mengandungi Vitamin C dan niacin jauh lebih tinggi pada susu unta. Kandungan vitamin dan protein berbeza pada susu unta. Namun, jumlah laktosa pada susu unta kurang dari laktosa pada susu lembu. Susu unta mengandungi lebih sedikit vitamin A, B2, folic acid, dan panthonthenic acid dibandingkan dengan pada susu lembu.


Kelebihan Susu Unta
- Susu paling bergizi selepas susu ibu berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi.
- Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, gastrik dan luka pembedahan.
- Digunakan masyarakat Arab untuk merawat penyakit busung air atau hepatitis.
- Rendah lemak dan kolestrol berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Mempunyai insulin yang tinggi untuk memproses gula menjadi tenaga

Sekadar perkongsian yg saya petik dari maya.  Sekian.

4 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Salam.. LM tak pernah minum susu unta. Dulu ms kat qatar selalu hubby beli susu unta kat ladang. Blk umh masak dulu br minum. Mereka je minum.. Hihi

Najib Ariyan said...

saya teringai masa pegi Sydney suatu ketika dulu, kata nya dulu ada pekerja arab yg membawa unta dari tanah arab untuk bekerja di gurun di Australia, lepas siap kerja mereka lepaskan je unta tu... jadi unta ni membiak dengan banyaknya di sana dan jadilah unta Australia dan sekarang depa ambik satu company muslim untuk proses daging unta ni dah export ke negara2 muslim... saya pernah makan daging unta... susu nya belum pernah

Darling Pya said...

acu suka susu unta. sedap :)

Nazam Lebaran said...

Saya ada susu unta segar untuk dijual (250g). Diimport dari UAE.

Hubungi 012-324 5500 untuk tempahan. Area ampang, kuala lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...