Sunday, January 25, 2015

PAHALA MEMBUANG DURI DI JALANAN

Assalamualaikum

Ibu :  "Please. Tolong sapu, mop lantai ni Kak Long Caiyang. Kalu boleh setiap hari kena sapu dan mop lantai ini.  Besar pahalanya tolong ibu buat kerja rumah. Nabi s.a.w. pernah berkata seorg lelaki yg membantu membuang duri di jalanan mendapat ganjaran pahala yang besar."

Anak : Diam sahaja. (Aku sekadar mengingatkan dia. Aku tahu bila dia sapu dan mengemas. Kerjanya lebih mantop bersih dari cara yg ku buat. hmmm)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Ia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

Ibu :  "Sayang, tolong buang sampah ya. Jangan lupa turun bawah buang sampah ya. Besar pahalanya bantu Ibu membuang sampah dalam rumah.  Nabi s.a.w. kan ada bagitahu betapa besar pahala seorg lelaki yg membantu membuang duri di jalanan. Inikan pula tolong ibu membuang sampah sebesar ini" Pesan Ibu pada anak lekaki.

Selalunya memang kerja dia anak lelaki ku buang sampah satu bag karung tu.

Dalam riwayat lain, juga dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Sungguh, aku telah melihat seorang lelaki yang sedang menikmati kenikmatan di syurga disebabkan ia memotong duri yang berada di tengah jalan, di mana duri itu mengganggu kaum muslimin.”[ Imam al-Bukhari dan Muslim]

Harap mereka selalu mendengar kata dan dapat menjaga ku di hari tua nanti. Amin.

1 comment:

Nur Inani said...

moga dia menjadi anak yang soleh :D
jom join segmen yang saya buat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...