Saturday, January 24, 2015

Dugaan Mendatang Sebelum Kematian


Assalamualaikum 

Dugaan mendatang sebelum kematian
Teringat lambakan baju dlm gubok burukku
Sijil sijil, ijazah, geran dan segala bagai dokumen
Duit apalah sangat...
Sokmo kantungku kosong
Baru sikit di uji
Dengan semua itu





Baru sedikit diuji
Berbanding penderitaan bumi Palestine
Berpuluh tahun
Derita Air mata Syahid
Masya Allah
Aku mahu belajar erti bersyukur
Selagi ada nafas
Selagi aku mampu


Baru sikit diuji
Berbanding penderitaan
Mangsa banjir Kelantan  
Tabahlah...Sabarlah
Orang hebat diuji dengan kehebatan

Dugaan mendatang sebelum kematian
Selagi boleh Bernafas
Selagi  boleh solat
Bersyukulah
Kerana pintu Taubat masih terbuka
Masih berkesempatan




Aku terus diuji
Tentang cerita hidup 
Yang tak perlu ku isi
pada baris baris hari
Yang tak perlu ku canang itu ini
Aku diuji

Lagak itu riak
Riak itu tamak
Membolot rasa
Tuhan bersama hamba yang diuji
Selagi dia sedar harga diri
Dan ingat MATI


jangan berlagak, ingat pesan bapak

1 comment:

Najib Ariyan said...

puisi yang baik, muhasabah yg berguna... kita terlalu memandang ke atas dan berkata kita serba kurang... padahal kita kena memandang ke bawah dan selalu bersyukur kerana kita lebih dari orang lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...