Saturday, January 24, 2015

Cukuplah Dua Majlis Walimatul Urus


Assalamualaikum

Kebelakangan ini, since last week... ewaah speaking skipping jap... terasa diri T. U. A lah sangat.  Salah satu sebabnya kerana kaki kanan sudah sakit, sangat sakit sehingga menyebabkan daku terpaksa berjalan terhencot-hencot ke klinik Premier HUKM untuk mendapatkan rawatan doktor.  Setelah diberi panadol,  calcium dan dua hari MC daku diarah ke HUKM BTR pula. Maka setelah mendapat date appointment setelah di X Ray kaki , semalam Jumaat daku pun ker Bhgian Fisioterapi HUKM BTR.  Sedihnya... Nikmat tuhan yang perlahan lahan di ambil sedikit demi sedikit.  

Sekarang tak boleh brlari atau bergerak tangkas. Setakat boleh jalan perlahan lahan.  Apa apa pun bersyukur kerana masih boleh berjalan dan solat walau duduk antara dua sujud  bila dilipat lutut itu alkisahnya sakit menyengal menggigit lutut.  Turun naik solat Sang Gajah. Dah tua rupanya daku nih.

Kawan2 seangkatan dah bercucu. Jiran2 40an sekeliling rumah ku semuanya udah bercucu. Daku yg belum bermenantu laei.  

Dalam sakit-sakit kaki tu perlahan-lahan koho-koho ku pandu pergi kedua majlis walimatul urus anak jiran-jiran ku. Asalnya cuba juga ngendeng2 kalu2 ada jiran-jiran lain yg sudi bawa ku hadir ke majlis itu. Boleh numpang. Janji dengan jiran yg sorang ni pulak dikenselnyer last minit. Hampa semua. Huhuhu.... Cukuplah sekadar dua majlis ini.  


 Selamat pengantin baru kpd Mawarni Sofea bt Sazali dan pasangan  bertempat di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi, KL.

 Selamat Pengantin Baru kpd pasangan Aiman dan Ayu di Dewan Mesjid Muqarrabin, Bdr Tasik Selatan.


Bersama Ibu Pengantin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...