Tuesday, December 2, 2014

RAGAM SI MEI MEI



Assalamualaikum

Mei Mei ini ku temui di bawah blok. Dia mengiau2 di kala hujan lebat di suatu petang.  Aku simpati.  Sebab dia masih kecil. Ku ambil ku bawa pulang.  

Sudah mandi, sudah makan dan diberi susu, bukan main comel lagi dia ni.   Keletah suka bercakap2, merungut2 manja dengan ngiauannya saban hari. Setiap pagi, Tatkala di buka pintu hadapan rumah luas luas, dia berlari keluar menghirup angin pagi, mengintai dan bermandi cahaya suria pagi.  Mula mula risau juga kalu dia hilang.  Sebab dia masih kecil dan tidak pandai mencari makan sendiri.  Tapi selepas dua tiga minggu pintu dibuka luas setiap pagi, dia tetap berlari keluar.  Tapi pastinya dia akan masuk kembali. Aku tidak mahu risau kalu dia hilang, pergi di ambil anak2 jiran utk dipelihara.  Atau diambil kembali oleh tuan asalnya yang tidak ku kenali.

Jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan.  Selagi aku diberi rejeki untuk berkongsi dengan Mei Mei aku suka, aku rela, aku redha kerana dia penghiburku.  Seratus dua ratus belanja untuk mahkluk comel sepertinya aku ikhlaskan shj.  






 Selepas penat berlari bermai ke sana sini , beginilah cara dia berhenti dan berehat.  kedua tangan dijulur kehadapan. Melayan  penat dan mengantuknya.


Mei Mei suka buli Ginger yang juga ku temui di bawah sebuah pokok tatkala hujan, guruh dan angin kencang.  Sewaktu parkir kereta di deretan kedai Lakefields Sg Besi. Ginger 4 beradik dibuang dan diletak dalam sebuah kotak. Cerita Ginger dan adik beradiknya akan di muat naik pada entri akan datang... Insya allah.  Allah swt pertemukan aku dengan makhluk comel ini. Mungkin untuk seketika, selagi aku terdaya dan mampu menjaga mereka.  Ada sesiapa sudi adopt Mei Mei dan Ginger 4 beradik itu????


Jumpa di entri mendatang.

6 comments:

Azrin Rahim said...

kucing2 itu sgt comell

Kakzakie said...

Beruntunglah awak MeiMei bertemu insan penyayang..

Ummu Athiyah Ismail said...

comelnyer mei mei :)

abuikhwan said...

comel pulok tgk si mei mei ni.. semoga tuan punya mei mei ini sentiasa dimurahkan rezeki atas sifat ihsannya sesama makhluk Tuhan. aminn...

hainom OKje said...

Onyeng kat rumah ni pun mata dia kuning ikut bulu ke mata kucing ni yek?

Bagus Wana awak mmg penyanyang....

hainom OKje said...

Onyeng kat rumah ni pun mata dia kuning ikut bulu ke mata kucing ni yek?

Bagus Wana awak mmg penyanyang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...