Sunday, December 14, 2014

Gusi Bengkak

Asslamualaikum

Hujan tidak Ribut tidak  tiba tiba banjir. Huhuhu.

Bukan cerita aper. Sedikit pelik rasanya kerana sepanjang usia saya yang sangatlah rajin menggosok gigi ini, tidak ada yang rosak atau berlubang.  setiap tahun check up gigi, doktor akan cakap .....

"You have a set of strong teeth." . Lima kali solat lima kali daku gosok gigi sehingga lah beberapa tahun lalu doktor menasihatkan jangan terlalu kasar menggosok gigi katanya. Kerana gigi ku semakin menipis. Kalu gosok gigi cukup dua kali sehari. Pagi sekali dan malam sekali.  Hmmm.. ku patuhi walau rasa tak biasa.  Aku tukar berkumur dengan air garam atau listerine menggantikan gosok gigi sebelum solat.

Kini, tiba tiba sakit gusi. Gusi geraham atas bawah silih berganti bengkak. Berdenyut sakit.  Makan panadol sahaja kerana kekangan waktu yang lebih mengutamakan tugas  daku mengelak dari berjumpa doktor tentang masalah ini.  Oh Gusi bengkak... sakitnya...


Daku hanya terus terusan kumur gigi dengan air garam, listerine dan kalu sakit sangat daku telan panadol dua biji sebelum tidor atau dua biji di pagi hari.  Memandai mandai ajer telan panadol.  Zaman muda dahulu kalu setahun sebiji panadol pun daku tidak pernah telah.  Setahun MC satu hari pun tak pernah rasanya dalam masa bertugas.  Oh gusi bengkak ...sakitnyer... berdenyut-denyut.  Dengan paracetamol yang ku dapat dari  klinik Premier HUKM BTS tidur malam ku lena juga. Alhamdulillah.

Oh. Daku faham juga kini.  Semua ini faktor penuaan dan tanda tanda nikmat kehidupan yang ditarik sedikit demi sedikit. Kalian ada perasaan begitukah.?  Kalu ada perasaan itu.. kita 'geng" hihihi..  Salam....

4 comments:

lia ummiirfan said...

huhu.. sakitnya kan.. semoga sabar dan diberikan kekuatan.. :))

tiga lalat said...

Salam. Hee ngilu kan?

Pn Kartini said...

Assalamualaikum mamawana..



moga Allah beri kesembuhan pada mamawana..
InsyaAllah...:)

CikLily Putih said...

memang sakit jiwa bila gusi bengkak ni. ras amcam nak cabut je cepat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...