Sunday, December 28, 2014

BANJIR ITU TENTERA ALLAH swt MENGEPUNG KITA


Assalamualaikum

Berhari hari saya terus menerima berita berita tentang banjir di sana sini. Banjir yang turut melibatkan kampung halaman saya Kg. Gajah, Perak.

Namun, tidaklah merisaukan sangat hati kecil saya terhadap kedua orang tua saya yang sudah lama arwah dan rumah kampung pun semakin mereput didiami anai-anai. Teringat tentang mimpi saya dalam entri lalu sila klik sini  tentang matahari bangkit dari sebelah Barat.....  Pengalaman dari mimpi melihat mayat mayat timbul terapung dihanyut banjir. Sangat menakutkan. Sedih . Pilu. 

Nasib baik, kini ramai saudara mara dan generasi anak cucu cicit keluarga saya ramai yang berhijrah ke Kuala Lumpur.  Hanya keluarga kakak kandung sempat lari ke Ipoh sebelum jambatan dan laluan Ipoh Lumut ditutup kerana banjir. Alhamdulillah. Semua selamat.

Membaca berita terkini di laman sosial tentang peringatan dari Jabatan kajiCuaca meminta orang ramai bersiap sedia, berjaga jaga untuk menghadapi keadaan atau gelombang banjir serta hujan yang bakal mencurah-curah. Membuat saya terfikir fikir, persediaan dari segi manakah, persediaan apakah  untuk dilakukan seandainya banjir atau sebarang musibah datang menerjah.?

1.  Bersedia dgn dokumen2 pentingkah?
2.  Bersedia dgn beberapa helai pakaian yg mampu dibawakah?
3.  Bersedia dgn wang ringgitkah?  Walhal banjir besar menyebabkan bank2 juga tutup. Kedai2, Gerai2 makanan semua ditutup krn banjir mengepung.
4.  Bersedia dgn kelengkapan spt khemah, tali utk mengampai pakaian kah?
5.  Bersedia dgn alatan memasak kah?  
6.  Besedia dgn stok makanan yg asaskah?
7.  Bersedia dgn makanan kering spt maggi, biskut, roti, air mineral, makanan dlm tinkah?
8.. Bersedia utk lari ke manakah apabila air menerjah hingga ke tingkat 2 sekolah yg menjadi tempat perlindungan?
9.  Bersedia dgn segala kemampuan yg mampu dipikul.  

Terbayang2 diwajah saya para ibu mendukung bayi2 , membimbing anak2 kecil lari ke bukit2 berdekatan.  Apakah yg mampu dibawa tulang dua kerat ibu ibu ini. Orang-orang tua dan kurang upaya. Masya allah. Allah. Allah. Allah. Buat saya menitis air mata bagai berdepan dgn kematian di mana mana.



Teringat saya suatu ketika dahulu, di bawah rumah arwah Opah saya di Kg Gajah memang tersedia sebuah sampan (spt gambar di atas yg saya cedok dari google images) di ikat di bawah rumah kampung kami  yang sedia tinggi.  Saya pernah bertanya pada Opah kenapa terdapat sebuah sampan di bawah rumah  Opah?.  kata Opah sampan itu untuk persediaan andai banjir melanda. Almaklumlah rumah Opah berada di sepanjang Sg Perak yang besar lagi panjang.  Seharusnya setiap rumah rumah di sepanjang Sg Perak menyimpan sebuah perahu atau sampan begini.  Kerana ketika banjir besar melanda sampan lebih berguna dari kereta.  

Kini sampan itu sudah lama tidak lagi kelihatan di bawah rumah arwah Opah. Saya pun tidak tahu kemana dan siapa yg telah mengambilnya. Saya terfikir betapa pentingnya untuk mempelajari ilmu mengemudi sampan walau kita bukan anak nelayan.  Menyimpan stok satu dua khemah utk keperluan musibah begini.  Saya terfikir sempatkah kita lari ke bukit2 dgn menaiki sampan itu?  Entahlah.  Sekurang kurangnya kita telah mencuba dan berusaha .

Jumlah mangsa banjir kian meningkat di Kelantan.  Wassap grup dan jiran tetangga saya ada yg melapurkan famili mereka di Kelantan turut terlibat .  Sedihnya. Semoga Allah menyelamatkan mereka.  Segeralah bantuan dan permudahkanlah urusan menyelamatkan mereka. Ya Allah.

DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA MUSIM BANJIR

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

Bermaksud : 
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, tengah lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.”

Doa ini dengan harapan, Allah menurunkan hujannya sebagai rahmat, di mana hujan itu turun untuk memberi seribu manfaat kepada tanaman dan segala hidupan di muka bumi. 

 Teruskan berdoa.

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedih kan..

Kakzakie said...

Moga semuanya bukan melihat dgn mata saja tapi juga dgn hati dan iman yg ada. Dimana kemampuan kita begini?

Allah beri peringatan buat kita semua.. Sedih:(

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Moga Allah meringankan bebanan yg mereka tanggung. Sedih kan Mama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...