Monday, October 6, 2014

Tatkala Kopi Di Aduk


Assalamualaikum

Pagi ini, tatkala kopi di aduk
Ku terima wassap video tentang Kematian
Tentang sekeluarga yang anak-anaknya 
Berjaya memandi, mengafan
Mengurus jenazah ayahanda tercinta
Hngga Liang kubur

Tatkala kopi diaduk
Ku imbau tika jenazah arwah bonda diuruskan
Kami lima beradik perempuan memandikan bonda tercinta
Kak Long di bahagian bawah perut
Kaki Kak Ngah
Kak Teh di kepala
Kak Jan di sebelah kiri anggota
Daku disebelah kanan bonda

Kami lima beradik mandikan dengan lembut, 
Dengan penuh kasih sayang
Tiada lagi kesempatan untuk mengshampoo rambut ibu
 Seperti hari hari dulu
Tiada lagi kesempatan untuk membubuh lauk, ikan, sayur 
Ke dalam pinggan ibu
Ibu boleh suap sendiri walau terketar-ketar jejarinya
Semasa hayat, di usia 80an ibu mahu suap sendiri

Tatkala kopi di aduk
Terbayang bayang wajah arwah ibu
Persis bayi yang baru dilahirkan
Tatkala mandi kulit  ibu putih, gebu mulus
Wajah ibu berseri-seri
Laksana bulan mengambang
Comelnya ibu



Tatkala kopi di aduk
Terhidu-hidu bauan kasturi diletakkan 
Di pakaian akhir ibu
Selepas tiga hari dari pemergian ibu
Ku buka Kitab, ku baca surah demi surah
Bauan kasturi menyelinap sekitarku

Tatkala Kopi Di Aduk
Apa sahaja panggilan untuk ibu
Tatkala Kopi Di Aduk
Aku meraih rindu.
Al Fatihah.






Wassallam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...