Sunday, October 5, 2014

Salam Idil Adha 2014

Assalamualaikum

Saya nak ucap kepada semua umat Islam di seluruh negara Malaysia dan juga di seluruh dunia Islam Salam Aidil Adha.  

Setiap kali berkumandang Takbir raya Qurban di TV  dan kedengaran sayup-sayup di kejauhan membuat hati ini sungguh pilu.  Terasa seolah olah ini Hari Raya Qurban yang terakhir buat diriku. Bila usia meningkat terasa bagai dipanggil panggil.  Sungguh tinggi sensitiviti ketika ini.

Enggan melanjutkan bicara lebih panjang. Cukuplah sekadar gambaran sambutan yang di lalui bersama jiran tetanggaku, ahli kariah dan jemaah masjid  Muqarrabin Bdr Tasik Selatan, berhampiran rumah.

Gotong royong memasak lauk daging aqiqah untuk para petugas dan penduduk sekitar sejak Sabtu semalam dan hari ini. Qurban tahun ini melibatkan 23 ekor lembu dan aqiqah 6 ekor kambing . Malam semalam kami dah nikmati kambing golek yang enak.  Alhamdulillah. Rezeki penduduk sekitar ini.



Senyum selepas penat potong sayur, bawang, cili bagai utk jamuan makan tengahari tadi.  Petugas seramai 40 orang (muslimin  tukang sembelih dan pembantu2 manakala muslimat  di bahagian penyediaan makan pagi, tengahari utk semua yg hadir). Alhamdulillah, seronoknya kami berkampung, berkawah hari ini.

Ole ole untuk dibawa pulang muslimat dibahagian masakan. Lebihan bawang2 sbg berkat utk dibawa pulang.

Daging qurban , dpt juga sedikit tulang utk dibuat sup.  Hmmmm...nyum nyum...slurrrp...slurrrpppp. Enaknya daging segar lagi barokah.  Alhamdulillah.
Wasallam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...